Pemilik Airbnb Rugi Lebih RM6000 Kerana Dirompak Penyewa

Sewaktu PKP dilonggarkan, ramai yang mula melancong kesana-kesini dan pemilik-pemilik rumah sewa baru sahaja ingin bergembira kerana akan dapat income dari rumah sewa mereka. Tetapi, tidak pula untuk salah seorang dari pemilik Airbnb ini apabila rumah sewanya dirompak.

Joe Eu berkongsikan pengalaman barunya di dalam sebuah group FB, Airbnb & Homestay Host Malaysia. Beliau merasa terkejut apabila barang-barangnya dicuri oleh penyewa itu.

Barang yang hilang:

  1. Philip LED TV 42′ inch
  2. Sony PlayStation4, bersama 2 controllers
  3. Sony PlayStation4 charging dock
  4. Midea Air Cooler
  5. Vaccuum
  6. Philip DVD Player
  7. Jam dinding
  8. 3 Lampu perhiasan
  9. 3 extension sockets
  10. Apple Charger
  11. Sonic Gear Soundbar
  12. Lenovo Laptop
  13. Induction Cooker
  14. JBL Go Speaker
  15. Mouse
  16. Philip Mini Hi-Fi
  17. 18 original DVD
  18. 2 video games DVD

Bukan itu sahaja, mereka juga turut mencuri sarung bantal, cushion cover, 1 set parking card dan access card untuk lift bangunan rumah sewa itu dan kunci. 1 kerusi makan, cermin di dinding dan lampu juga turut rosak.

Menurutnya, kegiatan ini dilakukan oleh 6 orang, iaitu seorang wanita dan 5 lagi lelaki. Ketika dihubungi, Joe terkejut kerana rumahnya dan sekitar bangunan disitu ada CCTV tetapi mereka masih juga berani untuk mencuri. Seakan-akan tiada rasa malu untuk mencuri walaupun tahu akan ada risikonya.

Joe Eu berkata, sesiapa yang mempunyai info tentang si pelaku, akan mendapat ganjaran duduk di homestaynya selama 5 hari secara percuma. Bagaimanapun, Joe Eu telah pun membuat laporan polis.

Untuk tahu lebih lanjut, video dan gambar asal si pelaku ada disini.

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts