Pelajar Ke Sekolah Dengan Selipar Kerana Kasut Dihanyutkan Banjir

Sekolah nak mula, pasti pelajar dan ibu bapa sibuk membeli barangan sekolah. Buku, uniform, beg, kasut dan pelbagai lagi.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat membeli keperluan sekolah?

Begitu juga dengan kisah seorang pelajar sekolah kebangsaan berumur 10 tahun yang hadir ke sekolah dengan selipar.

Nasrin Mukmin Nasir, menjelaskan, kasut sekolahnya hilang dihanyutkan banjir baru-baru ini.

Walaupun terpaksa datang ke sekolah memakai selipar, kanak-kanak itu tetap bersemangat menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

“Saya tiada kasut sekolah lain untuk dipakai, lagipula, saya tidak mahu menyusahkan ibu untuk membeli yang baharu,” katanya ketika ditemu ramah oleh Berita Harian.

Menurut Nasrin Mukmin, bapanya hanya bekerja mengambil upah buruh, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa. 

“Oleh itu, saya kuatkan hati untuk datang juga ke sekolah dengan memakai selipar getah saja sebab ingat pesan ibu supaya terus belajar walau dalam keadaan apa sekalipun,” sambungnya lagi.

Begitu sekali semangat dan pengorbanan seorang pelajar dalam menimba ilmu.


Mari ikuti perkongsian terkini daripada Laichikang.

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts