Pak Guard Ditahan Pecah Masuk Rumah, Siap Buka Baju Dan Seluar

Pasti ramai sudah terbiasa dengan kewujudan pengawal keselamatan. Hampir semua kawasan perumahan ada pengawal yang menjaga kejiranan. Akan tetapi, bukan semua boleh dipercayai.

Siapa sangka individu yang dibayar untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan akan menjadi orang yang membuat onar.

Menurut perkongsian seorang wanita, Yuyun Nisa di Facebook, seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kejiranannya memecah masuk rumah ketika dia tiada.

Kejadian itu disedari Yuyun apabila kamera litar keselamatan (CCTV) miliknya yang mempunyai fungsi motion sensor kerap berkelip, menandakan ada pergerakan dikesan.

Apabila dia memeriksa CCTV tersebut, dia terkejut melihat susuk seorang lelaki di dalam rumahnya. 

Lelaki itu pada mulanya mundar-mandir di ruang tamu sebelum mula menanggalkan baju dan seluarnya lalu meluru naik ke tingkat atas. 

Rumah berkunci. Tak tahu lelaki tu masuk dari mana 

Yuyun mendakwa lelaki itu sempat menghubungi nombornya dan meninggalkan mesej bertanyakan lokasi wanita terbabit.

“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun dan memang ada niat yang tak baik. 

Wanita itu terus menghubungi kakak dan abang iparnya yang tinggal di lorong bersebelahan untuk memeriksa keadaan rumahnya. 

Uniform suspek yang tertinggal di tempat kejadian

Katanya, suspek terus melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut tatkala melihat kehadiran mereka. Suspek tertinggal pakaiannya di rumah wanita terbabit.

Susulan kejadian itu, Yuyun membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan keesokan harinya.

Suspek didakwa mempunyai rekod kes dadah dan berkemungkinan berada di bawah pengaruh dadah pada hari kejadian yang membuatkannya berani memecah masuk rumah. 

“Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku, dan cuma nak ingatkan korang walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada security guard, belum tentu rasa selamat.

“Sentiasa berjaga-jaga dan hati-hati tau korang,” pesannya kepada semua.

Nak baca kisah yang lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts