Nur Sajat Berjaya Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Keberadaan usahawan sensasi bengkung dan kosmetik yang sebelum ini giat diburu oleh oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Nur Sajat telah pun berjaya di temui.

Menurut Harian Metro, Nur Sajat telah berjaya ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September yang lalu di sebuah kondominium mewah yang terletak di Bangkok.

Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen Thailand.

Namun, pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Dia kemudiannya dibebaskan pada 10 September dengan ikat jamin sebanyak AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Salah seorang kenalan Nur Sajat yang dikenali sebagai Misha merupakan individu yang dilaporkan terbang ke sana untuk menguruskan proses ikat jamin.

Walaupun sudah dibebaskan kembali, Nur Sajat masih lagi perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Sebelum ini, usahawan itu dicari oleh pihak polis bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018.

Jom baca artikel yang terkini dan sensasi di Laichikang!

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts