Niat Ebit Lew Nak Bantu ‘makcik’ Foodpanda Tapi Dapat Kecaman

Tular di sosial media tentang seorang makcik yang kelihatan sudah berusia tetapi masih beruasaha untuk bekerja sebagai penghantar makanan melalui Foodpanda. Foto yang tular di laman media sosial Twitter menunjukkan aunty tersebut sedang duduk di sebuah restoran, barangkali sedang menunggu pesanan makanan yang ditempah oleh pelanggan.

Foto yang tular itu mendapat perhatian pendakwah Ebit Lew dan beliau sendiri pergi melawat makcik berkenaan di Kuala Lumpur. Menurut Ebit Lew, makcik itu dikenali sebagai Christine Ti dan kini tinggal berdua bersama adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Bukan sahaja itu, malah makcik tersebut kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac yang lalu.

“Sayu sebak tengok mak cik Christine seorang Cina di Kuala Lumpur. Sampai sahaja tadi terus berbual dengan mak cik ini di perhentian bas”

Ebit Lew

“Saya terus menangis dan terasa sangat rapat. Berlinangan air mata. Mak cik ini peramah, mendengar kisah hidupnya kita dapat rasakan kecekalan dan ketabahan beliau. Kuat dan suka menolong orang” ujar Ebit lagi.

Tambahnya lagi, Ebit berkata mak cik tersebut menggunakan kereta kancil yang lama untuk melakukan perkhidmatan Foodpanda. Disebabkan keretanya kelihatan amat uzur, Ebit Lew turut bantu membaiki kereta kancil yang digunakan serta menghulurkan sedikit duit belanja kepada makcik itu.

Bukan itu sahaja, Ebit juga berkata bahawa beliau akan berkunjung ke rumah makcik itu yang dikhabarkan bocor dan ada kerosakan.

“Doakan mak cik ini. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik baik. Tiada politik kerja”

Ebit Lew
Sumber: Ebit Lew
Sumber: Ebit Lew
Sumber: Ebit Lew
Sumber: Ebit Lew

Seperti yang kita tahu, makcik Foodpanda ni bukan orang yang pertama Ebit Lew bantu, kita semua tahu yang beliau dah bantu ramai orang sebelum ni. Akan tetapi, kebaikan yang beliau lakukan ni telah membuatkan sesetangah netizen mempersoalkan dari mana duit yang beliau dapat sehingga boleh membantu ramai orang yang kesusahan?

Berikut adalah ‘tweet’ daripada seorang warga Twitter yang menjadi perhatian ramai.

Sumber: Twitter

Tweet berikut mendapat perhatian ramai, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak menyokong pendapat yang telah diberikan oleh @MG92__2 ini. Pelik kan netizen ni, benda yang baik pun nak dipersoalkan.

Berikutan tweet itu, dia juga mempersoalkan tentang Ebit Lew membawa kamera dan tunjuk segala kebaikan yang telah beliau lakukan di media sosial.

Ini pula kata Muhammad Fahmi tentang isu sedekah secara terang terangan.

Jadi, tak salah pun kita nak membuat kebaikan, dan tunjukkan di media sosial. Orang yang melihat perkara itu dengan cara yang positif, pasti akan menganggap tu satu inspirasi untuk kita lakukan perkara yang sama! Bak kata orang putih, I dont post to show off, you just view it with jealousy.

Apa pun, be strong, Ebit Lew!

Baca: Lelaki Menari Lagu Beras Cap Rambutan Dapat Sambutan Hangat!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts