New Norm Getaway: Ini 10 Hotel Private Yang Anda Patut Kunjungi!

2020 is the year we thought cars would fly, tapi hakikatnya kereta pun tak boleh nak bergerak dengan bebas!

Tak apa, let’s look at the brighter side, ok? 2020 banyak beri pengajaran kepada kita sebenarnya. Well, thanks.. Covid-19?

Okay, sempena nak masuk tahun baru dah, jom kita tengok some hotel-hotel yang terbaik dan sememangnya sesuai untuk new norm getaway.

Sebenarnya, kita memang dah boleh pergi bercuti tapi kebanyakan daripada kita masih takut nak bercuti sebab yelah, lebih baik untuk kita cegah daripada terkena kan? Kalau korang jenis yang takut dan risau nak mandi pool sama sama dengan orang lain, worry not now!

Ini 10 hotel yang ada private pool dan sememangnya sesuai untuk new norm getaway.

1. Japamala Resorts, Pulau Tioman

Japamala Resorts terletak di Pulau Tioman dan yang menariknya ia berhadapan dengan laut China Selatan! Orang kata, nak honeymoon kat sini memang pilihan yang terbaik. Tapi kalau dengan family pun menarik juga, kan? Satu fakta menarik tentang resort ini ialah ia dibina hampir 10 tahun dan tak ada seketul batu atau sepohon pokok yang disentuh saat ia dibina.

Klik: Japamala Resort

new norm getaway

2. Bungaraya Island Resort, Kota Kinabalu

Dah lama teringin nak melawat Kota Kinabalu tapi tak pernah sempat nak pergi sebelum ni? Ok, this is for you!

Bungaraya Island Resort adalah salah satu tempat yang mewah yang terletak di lereng bukit di Teluk Poland di Pulau Gaya. Resort terpencil ini dilengkapi lagi dengan kolam renang peribadi di balkoni nya. Nama pun new norm getaway, mestilah nak kolam renang peribadi kan?

Klik: Bungaraya Island Resort

new norm getaway

3. Grand Lexis, Port Dickson

Grand Lexis, Port Dickson terdiri daripada 317 vila yang berinspirasi Bali dan ia juga mempunyai kolam renang peribadi sesuai untuk mereka yang mahukan privasi. Kalau nak tahu, dah bertahun Grand Lexis ini menjadi pilihan ramai kalau mereka nak nikmati kolam renang sendiri!

Klik: Grand Lexis

4.  Lexis Hibiscus, Port Dickson

Terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang Port Dickson, Lexis Hibiscus terdiri daripada 639 pool villa yang terdiri daripada tower room dan water villa. Menurut laman web Lexis Hibiscus, pada tahun 2016, mereka memecah rekod untuk ‘Most Swimming Pools in a Resort‘.

Klik: Lexis Hibiscus

5. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh

Menurut laman web mereka, The Banjaran Hotsprings adalah tempat percutian kesihatan air panas semula jadi mewah pertama di Malaysia. Tidak seperti hotel-hotel lain yang disenaraikan di sini, vila-vila di The Banjaran Hotsprings dilengkapi dengan jakuzi peribadi dengan air panas panas bumi.

Klik: The Banjaran Hotsprings Retreat

6. Lexis Suites, Penang

Jalan jalan dekat Penang pun best juga kan? Kalau nak tahu, Lexis Suites adalah satu-satunya hotel di Pulau Pinang yang menawarkan kolam renang peribadi dan sauna dalaman di setiap suite. Selain itu, semua 222 bilik dilengkapi dengan dua katil bersaiz king, sesuai untuk keluarga dan pelancong kumpulan.

Klik: Lexis Suites

7. The Shorea Estate, Seremban

Yang duduk di KL dan taknak pergi jauh jauh, boleh lah ke Seremban.

The Shorea Estate terdiri daripada beberapa vila dua tingkat, masing-masing mempunyai kolam renang sendiri. Terletak betul-betul di sebelah Hutan Simpan Berembun, syurga tropika ini terletak kira-kira 79km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Klik: The Shorea Estate

8. The Villas at Sunway Resort Hotel and Spa, Petaling Jaya

Dilengkapi dengan kolam renang kecil, The Villas at Sunway Resort Hotel and Spa adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang tidak mahu berada terlalu jauh dari bandar. Setiap vila dilengkapi dengan tempat tidur king, TV LED, rangkaian kabel, filem dan saluran tempatan, serta minuman bar mini tanpa alkohol.

Klik: The Villas at Sunway Resort Hotel and Spa

9. The Datai, Langkawi

Datai adalah hotel bertaraf lima bintang yang menawarkan bilik dan perkhidmatan mewah yang menakjubkan. Rainforest Pool Villas mereka dilengkapi dengan kolam renang seluas 10m di ruang tamu luaran, lengkap dengan kerusi berjemur untuk anda bersantai, berehat, dan melupakan semua kebimbangan korang!

Klik: The Datai

10. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Siapa kata kat KL tak ada villa? Ada, okay!

Tempat peranginan yang indah ini ada di Kuala Lumpur. Villa Samadhi menawarkan beberapa jenis bilik yang berbeza, dan setiap bilik ada kolam renang peribadi.

Klik: Villa Samadhi

Ini lah 10 tempat yang korang patut consider untuk lawati nanti apabila semuanya dah beransur pulih. Memang pilihan yang tepat dan sesuai untuk new norm getaway!

Baca: Kes Covid-19 semakin tinggi, ini antara tempat-tempat yang anda perlu elak!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts