Netizen Cemburu Lihat Kelas Muzik Di Indonesia.

Kelas muzik merupakan salah satu kelas yang pelajar tertunggu-tunggu kerana ianya berbeza dan tak melibatkan kira-kira dan buku latihan yang tebal belaka. Lebih teruja bila dapat berlatih menggunakan alatan muzik bersama rakan sekelas. Kebiasaannya, pelajar diminta bawa rekorder ke sekolah untuk dimainkan ketika subjek muzik. Tak pernah alat muzik lain.

Oleh itu, netizen jelas menyuarakan rasa cemburu melihat pelajar-pelajar di Indonesia yang berlatih menggunakan gitar di dalam kelas sambil diiringi nyanyian guru muzik mereka. 

Kalau kat malaysia pakai recorder, itupun sekejap je – netizen

Video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di Tik Tok itu telah menarik perhatian netizen sehingga meraih 11 juta tontonan. Ruang komen terus dipenuhi dengan komen perbandingan antara sekolah di Malaysia dan Indonesia.

Video itu memaparkan sekumpulan pelajar bermain gitar sambil diiringi nyanyian oleh guru muzik mereka. Bukan setakat itu sahaja, lagu yang dimainkan ialah lagu-lagu popular.

Kat sini balik-balik tiup rekorder, balik-balik note do re mi fa so la ti do – netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa iri bukan sahaja terhadap alat muzik yang digunakan, malahan, terhadap pilihan lagu mereka. Di Malaysia, lagu-lagu yang sering dimainkan ialah ‘Mary had a little lamb’ dan ‘Ibu Ayam Dikejar Musang’. Langsung tak semangat apabila asyik memainkan lagu yang sama. 

kelas muzik
sumber: triadinata91

Bestnya kalau kelas muzik di Malaysia pun boleh begini juga. Barulah rasa bersemangat nak ke sekolah.

Jika di Malaysia, kelas muzik selalu diganti dengan kelas matematik atau bahasa Inggeris. Jangan beranganlah nak belajar gunakan alat muzik selain daripada rekorder. Memang tiada peluang untuk menerokai minat dan kemahiran muzik para pelajar. 

Mungkin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh memperuntukkan bajet untuk meningkatkan taraf alat muzik di sekolah. Mana tahu dapat lahirkan anak seni yang berjaya pada masa depan.

Nak baca cerita yang lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts