Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih – Akak Buat Foodpanda Guna Basikal!

Di kala tengah pandemik ni memang ramai yang buat food delivery seperti Grabfood, Foodpanda dan macam macam lagi. Kalau tengah dive sambil minum air tu, tak sah kan kalau tak ada abang abang yang bawak motor bawa bag grab/foodpanda kat belakang?

Memang masing masing tengah struggle untuk cari duit lebih, untuk survive di zaman pandemik ni. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Yang menariknya, di Ipoh, ada seorang akak yang buat foodpanda naik basikal! Akak ni telah membuktikan sesuatu.. siapa kata tak ada motor tak boleh buat foodpanda? See my level! Ok, gurau je. Memang terpegun dengan kesungguhan akak ni buat foodpanda.

Sumber: Twitter

“Tak tahu kenapa hari ini teruja sangat and feel so proud to this women. Dia buat Foodpanda guna basikal. And yes, mereka memang wujud. Teruskan bersemangat dik!” @ViralPerak

Mengikut orang orang di Twitter, sebenarnya memang ramai yang dah gunakan basikal untuk buat Foodpanda. Malah, ada yang gunakan Scooter dan ada juga yang berjalan kaki?! Wow.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Semoga dipermudahkan urusan untuk abang abang dan akak akak yang buat Foodpanda ni!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts