MySejahtera kekal milik kerajaan, data selamat – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan sebarang dakwaan mengenai jualan MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta termasuk syarikat yang membangunkan aplikasi itu, KPISoft Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berkata, MySejahtera adalah aplikasi hak milik kerajaan dan kini diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjaga pengurusan kesihatan awam negara melalui aplikasi tersebut sejak 26 November 2021 lalu.

Beliau menegaskan data yang diperoleh melalui aplikasi itu akan disimpan ketat oleh kerajaan tanpa sebarang kompromi.

“Penggunaan dan pengurusan data MySejahtera perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa. KKM tidak dibenarkan berkongsi data MySejahtera dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Transaksi data daripada aplikasi itu dimuatnaik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera sahaja.

“Selain itu, kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT) yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021,” sambungnya.

Hal ini berikutan dengan ketetapan syarikat yang menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat.

Bercerita lanjut, kerajaan bersetuju meneruskan khidmat MySejahtera walaupun selepas tamat tempoh CSR pada 31 Mac 2021 kerana keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya dan akan terus bekerjasama dengan pihak syraikat dalam melaksanakan penambahbaikan fungsi aplikasi.

KKM berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejehtera tanpa ragu ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi.


Ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk lebih berita terkini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts