My first business journey! Say hi to Santan 163 Retail Park! – Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa dia adalah rakan perniagaan kepada jenama makanan dan minuman AirAsia Bhd, Santan.

Ahli Parlimen Muar itu menyampaikan berita tersebut melalui Facebook, mengatakan bahawa dia akan bekerjasama dengan restoran Santan di 163 Retail Park di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Sebenarnya dah lama saya nak buka perniagaan sendiri tapi belum ada kesempatan. Saya merancang untuk mencari banyak perniagaan yang berpotensi besar untuk menyediakan peluang kerja kepada orang muda”

Syed Saddiq berkata, dia memilih Santan bukan kerana populariti brand itu tetapi juga kerana mereka secara aktif mempromosikan masakan tempatan dan fokus untuk membantu penduduk tempatan.

Kalau ada yang masih tak tahu, Santan dinamakan berdasarkan menu dalam penerbangan Air Asia yang telah memenangi hati peminat setia sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Ada yang rindukan nasi lemak Air Asia? Boleh lah ke Santan lepas ni! Kini, Santan mempunyai 7 restoran di Lembah Klang dan outletnya di Mont Kiara adalah yang terbaru.

Syed Saddiq juga mengambil kesempatan untuk memberi sedikit teaser berkenaan kempennya yang akan datang dengan menggunakan hashtag #SADDIQsapotLOKAL di posnya di Facebook.

“Saya juga sedang merancang untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotLOKAL iaitu kempen saya ingin menjadi rakan kongsi perniagaan kecil dan sederhana di luar sana.”

Tambah beliau, #SADDIQsapotLOKAL adalah bertujuan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang muda.

Tahniah, Syed Saddiq!

Layari Laichikang untuk cerita yang lebih menarik!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts