Muzium Koleksi Barang Mainan pertama di Malaysia baru sahaja dibuka di Alor Setar, Kedah.
Bagi penggemar Mcdonald’s, korang pasti teruja dengan berita ini. Terletak di Belakang Pekan Pumpong, sebuah Muzium Koleksi Barang Mainan pertama di Malaysia baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.
Muzium ini menempatkan lebih 70,000 koleksi mainan dari Mcdonald’s yang telah dikumpul selama berdekad.
Pelawat boleh mengenang masa lalu dengan melawat muzium ini.


Bukan setakat mainan sahaja, muzium ini juga mempamerkan uniform dan menu Mcdonald’s seawal tahun 1979 hingga kini. Malah, plastik dan kotak bungkusan makanan pun ada.

Tak lupa juga dengan koleksi BTS meal yang menjadi kegilaan ramai. Design versi Hong Kong pun ada! Kalah Army sejati.

Menurut pemilik muzium, Lee Jain Wein, dia dan bapanya, Lee Choon Chiek, 62, telah memulakan koleksi mainan Mcdonald’s apabila mereka berjaya mendapatkan kotak Happy Meal pertama di dunia yang dikeluarkan di Amerika Syarikat dan mainan Space Aliens pada tahun 1979.
Dalam 70,000 koleksi, hanya 40,000 koleksi dipamerkan di muzium tersebut. Selebihnya disimpan di rumah mereka akibat ruang yang terhad.
Seorang pengguna Twitter @neyrashazeyra melawat muzium itu baru-baru ini. Dia memuat naik pelbagai gambar koleksi muzium itu.




Muzium itu juga mempamerkan barang edisi terhad seperti patung keluaran Madame Alexander.

Motor kapcai untuk delivery dulu pun ada. Wah, nostalgik sungguh.
Wow, banyak betul koleksi dia! Bila-bila korang ke Kedah, jangan lupa lawati muzium ini.
Lokasi: 2521, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Baca artikel menarik di Laichikang.