[Moratorium] – Adakah Bantuan Atau Cuma Tambah Beban Rakyat?

Moratorium

Sudah berbulan-bulan rakyat Malaysia seperti merasakan diri dipenjara di kediaman sendiri akibat daripada pandemik yang menyerang negara. Namun, ada ura-ura mengatakan bantuan Moratorium bakal diberikan kepada masyarakat Malaysia. Adakah Moratorium ini perlu di ambil? Atau sebaliknya?

Namun jika tidak di ambil, bagaimana dengan kelangsungan hidup masyarakat? Jika hanya duduk di rumah dan tidak boleh keluar untuk bekerja, bagaimana mereka ingin mendapatkan pendapatan untuk kelangsungan hidup? Hanya dengan bergantung dengan bantuan dari kerajaan?

moratorium
Sumber: Google

Begitulah kenyataan yang dihadapai masyarakt Malaysia sekarang. Terkekang dengan keadaan semasa dan terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Dek kerana itu, kerajaan telah memutuskan untuk memperkenalkan Moratorium melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih Ekonomi (PEMULIH) dengan kelulusan automatik bermula pada 7 Julai 2021 yang lalu.

Ramai yang mengeluarkan pandangan mengenai bantuan moratorium yang diberikan pada kali ini. Ada yang mengetakan tidak perlu ambil kepada mereka yang tak terjejas pendapatan kerana mungkin akan dikenakan faedah yang tinggi dan tempoh pinjaman menjadi lebih panjang.

Tapi, buat mereka yang terjejas teruk dalam pendapatan sehinggakan terpaksa mencatu makanan, mesti takkan berfikir panjang dan menggunakan peluang pemberian Moratorium yang lulus secara automatik ini dengan sebaik mungkin.

Namun, berbalik kembali dengan topik kita iaitu, adakah perlu ambil Moratorium atau perlu di elak? Nak tahu akan jawapannya? Jom teruskan membaca.

Moratorium
Sumber: Google

Syarat Yang Di Kenakan Untuk Moratorium PEMULIH:

  1. Permohonan Moratorium PEMULIH hanya untuk pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021.
  2. Anda tak perlu beri sebarang dokumen sokong yang menyatakan anda terjejas disebabkan COVID-19. Segala permohonan akan diberikan kelulusan secara automatik.
  3. Pada masa permohonan moratorium PEMULIH dibuat, anda tidak boleh ada bayaran ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau prosiding muflis.
  4. Peminjam yang sudah mempunyai moratorium sebelum ini dan mengikut semua jadual pembayaran semula pinjaman juga boleh memohon moratorium PEMULIH.
  5. Peminjam individu/PKS yang mempunyai tunggakan bayaran lebih 90 hari dinasihati menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.
  6. Hutang kad kredit tidak boleh memohon moratorium PEMULIH, tetapi anda boleh memohon untuk mengubah hutang kad kredit ini menjadi pinjaman 3 tahun yang membantu anda mengurangkan kadar faedah.

Adakah anda mempunyai kriteria yang cukup seperti di atas dan pendapatan anda terjejas sepanjang tempoh pandemik ini? Maka, anda disarankan untuk mengambil bantuan ini bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Moratorium
Sumber: Bank Negara Malaysia

Menurut laporan Bank Negara Malaysia, peminjam perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah/keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

“Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang. 

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.” – Bank Negara Malaysia.

Di sini menjelaskan bahawa, pengambilan Moratorium bukanlah menjadi satu keperluan penting bagi mereka yang tidak terjejas sepanjang tempoh pandemik. Namun, bagi mereka yang sudah terjejas, bantuan ini sedikit sebanyak memberi nafas baru di masa ini.

Kenapa bantuan ini bukan keperluan penting bagi mereka yang tidak terjejas pendaptan? Ini sebabnya:

Moratorium
Sumber: Google

Pemilihan untuk mengambil bantuan mora dengan tidak membayar sebarang ansuran bulanan akan menjadikan pinjaman matang milik anda iaitu pada jumlah terkakhir bayaran menjadi lebih tinggi dari yang sebenar.

Tapi, jika anda memilih untuk membuat pengurangan bayaran bulanan, jumlah terakhir yang perlu di bayar oleh anda tidak akan meningkat. Namun, untuk maklumat yang lebih lanjut & tepat, sila hubungi bank pinjaman anda sekarang!

Makan disebabkan itu, anda perlu membuat keputusan yang betul dan pastikan niat untuk mengambil bantuan mora ini untuk bantu kehidupan harian. Jika anda tidak terjejas sama sekali, kalau boleh elakkan dari ambil bantuan ini demi kesejahteraan anda juga.

Dan yang terakhir, walaupun, kadar faedah-atas-faedah (compounded interest) tidak dikenakan, pinjaman anda masih dikenakan faedah atau keuntungan terakru (accured interest) yang akan dibawa selepas moratorium berakhir.

Disebabkan itu, fikirlah secara rasional dan tepat sebelum memutuskan untuk mengambil bantuan Moratorium di masa ini atau tidak. Tiada siapa yang memaksa anda untuk membuat keputusan, sebaliknya pilihan adalah di tangan anda. Jadilah penggun yang bijak.

Nak tahu tentang cerita-cerita panas terkini? Jom teruskan membaca di laman Laichikang, laman berita sosial terpantas waktu ini.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts