Minimalisme Lifestyle: Apakah Maksud Sebenar Minimalisme?

minimalisme

Minimalism. Apakah dia? Bila korang dengar tentang minimalisme, apa yang korang bayangkan? Pasti ada yang bayangkan dinding putih, decoration yang sikit dan warna-warna yang terang. Seperti contoh: gambar dibawah.

minimalisme
Photo by Paula Schmidt from Pexels

Hehe, betul tak? Kalau korang search for minimalisme, selalunya korang memang akan jumpa gambar seperti di atas. Jadi, korang tahu apa tentang apa itu minimalisme? Apa maksudnya, dan adakah kita perlu buang semua barang kita? Jom baca sampai habis! 🙂

Apa itu Minimalisme?

Minimalisme ini ialah sebuah lifestyle yang berkonsepkan simple, dan ringkas. Cara mudahh untuk faham, mereka yang dinamakan minimalist ini, tidak mempunyai banyak barang dan hanya memiliki benda-benda yang diperlukan sahaja.

Minimalisme ini boleh dijadikan sebagai satu alat untuk kita mencari kebebasan dan ketenangan. Kenapa admin cakap macam tu? Sebab ia adalah satu kehidupan yang chill and relax tanpa terlalu obsess dengan barang yang kita sedia ada.

Zaman sekarang, ramai yang terlalu memberi makna dekat setiap barang yang dimiliki sampai kotak kasut yang berhabuk tak guna pun rasa sayang nak buang. Adakah korang antara orang yang sebegini? Pergi buang kotak kasut tu sekarang atau gunakan sebaik mungkin! Hahaha.

Hidup secara minimalist bukannya bermakna miskin dan tidak berharta, tetapi lebih selesa hidup secara sederhana dan ringkas. Bukannya tak boleh ada barang langsung ya! Kalau rasa nak beli kereta atau rumah dan ia adalah satu keperluan, belilah! Minimalisme dapat mengubah diri supaya membuat pilihan dengan lebih bijak.

Benefits yang boleh diperolehi dari minimalisme:

minimalisme

Okay, sekarang korang dah faham sikit tak tentang minimalisme? Sekarang, kita nak cakap pasal benefits dia pulak! Come on, mestilah kena ada benefitsnya. Kalau tak, kenapa orang ramai yang suka concept minimalisme ni kan?

#1 Kurang Berbelanja

Menjadi seorang minimalist, mereka akan hanya memilih dan membeli perkara-perkara yang penting yang diperlukan sahaja. Dari sini, mereka mendapat kebebasan daripada financcial problem. Kurang berbelanja akan memotong perbelanjaan secara maximum dan akan meningkatkan lagi savings kita!

Sifat seorang minimalist bukanlah kedekut, tetapi more to berhat-hati dan hanya membeli apa yang perlu sahaja. Jika perlu membeli sesuatu barang, lebih baik jika beli barang yang berkualiti. Barangan yang berkualiti selalunya agak mahal, tetapi adalah lebih elok dan lebih tahan lama. Tetapi, ada juga barangan yang murah tapi berkualiti. Jangan salah faham ya! 🙂

#2 Lebih Pentingkan Kesihatan & Hobi

Bila kita spend less time shopping dan keep up with the trend, kita akan lebih terbuka untuk spend more time on things yang kita suka, benda yang kita tiada masa untuk spend sebelum ni. Ramai yang cakap mereka tiada masa, tapi mereka sedar tak apa yang membuatkan diorang tiada masa tu?

Menjadi individu minimalist, mereka lebih cenderung terhadap kesihatan dan hobi. Sedikit sebanyak ini mampu membuatkan si minimalist lebih tajam dan kreatif mindanya. Ataupun, anda boleh enjoy masa anda dengan yang tersayang, practice yoga ke atau membaca buku yang dah lama tersimpan tu. Banyak benda yang boleh dibuat apabila anda menjadi seorang minimalist ini.

#3 Kurang Stress

Cuba bayangkan anda baru nak pulang dari kerja, tiba-tiba mendapat panggilan dari kenalan anda yang mereka nak datang rumah. Mesti anda panik kan kalau rumah bersepah, dengan banyak lagi benda-benda yang nak kena simpan before mereka datang rumah anda.

Tapi disebabkan anda mengamalkan konsep minimalisme ini, tak perlu nak panik pun sebab anda hanya perlu kemas sikit-sikit sahaja. Fuh, tak sampai berapa minit dah kemas dah. Ia nampak mustahil, tapi itulah minimalisme. Bila rumah terlalu bersepah dengan banyak benda, ia akan contribute kepada stress. Bila kita kemas dan tidak mempunyai banyak barang, kita akan rasa tenang.

Seperti admin cakap sebentar tadi, minimalisme membawa kita kepada kebebasan. Ini this case, kebebasan daripada stress dan kerisauan. Kebebasan yang sebenar.

Boleh juga baca:

Jenis-Jenis Minimalisme

Kita kena faham, minimalisme ini ada banyak jenis. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang minimalist? Salah satu perkara sebelum bermula untuk berubah lifestyle kita ke minimalisme, kita perlu tahu pendekatan yang sesuai dengan kita. Jadi, disini admin nak bagitahu serba sedikit tentang jenis-jenis minimalisme.

#1 Aesthetic Minimalist

Bagi Aesthetic Minimalist, mereka tidak berminat kepada mengurangkan harta benda mereka, tapi matlamat mereka adalah more to visual appeal. Seperti contoh, apabila korang search on Google or any browser, gambar-gambar yang ditunjukkan itulah aesthetic minimalism.

minimalism

Gambar rumah yang di decorate secara minimal, dengan dinding putih dan perabot-perabot yang unik. Bagi mereka, “less is more”. Macam contoh, wanita yang memakai makeup “no makeup face” tetapi masih memakai foundation, concealer dan memakai shade lipstick nude untuk menunjukkan yang dia sebenarnya tidak memakai sebarang makeup.

#2 Essential Minimalist

Essential minimalism, ia adalah memilih antara keperluan atau kehendak. Seorang essentialist selalunya obsessed dengan kehidupan yang sederhana. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk hidup tanpa barang yang tidak diperlukan itu walaupun mereka sebenarnya nak.

minimalisme

Kebanyakkan mereka ini, sebenarnya tidak sedar bahawa mereka hidup secara minimalist. Dari pakaian sehingga makanan, objective mereka adalah untuk tidak menghasilkan banyak pembaziran. Hidup mereka revolve around quality over quantity.

#3 Eco Minimalist

Yang terakhir, eco minimalist. Mereka ini mementingkan objective mereka iaitu untuk menyelamatkan bumi. Mereka akan cuba sebaik mungkin untuk tidak memudaratkan lagi bumi ini dari ancaman bahaya. Macam contoh, seorang vegan yang tidak akan memilih makeup cosmetic yang membuat ujian atas binatang.

Pilihan brand dan product mereka adalah kurang dan limited. Mereka juga akan melihat kepada berapa banyak sesebuah brand atau product itu menyumbang kepada polusi di dunia ini. Jika banyak, mereka tidak akan menunjukkan support dan membeli product itu.

Ada banyak lagi jenis minimalist ini, tetapi ia bergantung kepada purpose kita on kenapa kita nak menjadi seorang minimalis dan apa yang kita pilih untuk simpan dan untuk dilepaskan. Ada yang focus on art pieces and ada yang focus on quality products. Ada juga yang ingin memulakan kehidupan lifestyle baru, dan ada juga yang mahukan kehidupan yang bebas.

Minimalisme ini sebenarnya bukanlah senang. Jadi, jangan anggap yang kita boleh bertukar menjadi seorang minimalist dalam masa semalam. It takes time, dan goals kita as to why kita nak jadi a minimalist. Cari dulu tujuan kita, sebab bila kita dah tekad, kadang-kadang barang-barang yang kita simpan as memories pun akan perlu dibuang. Probably, kena stop beli barang-barang ikut trend dan tidak boleh mengumpul barang yang kita minat lagi.

Jadi, yang baiknya adalah untuk mengambil langkah secara kecil-kecilan dulu, dan baru biasakan diri. Untuk yang baru ingin memulakan kehidupan sebagai minimalist, semoga article ini bermanfaat untuk anda.

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts