[PILIHAN] Ini 5 Menu Sedap Ketika Diet Yang Boleh Anda Amalkan

Menu-Sedap-Ketika-Diet-0

Bila kita bercerita mengenai diet, semua orang akan fikir mesti kena makan makanan yang tak best atau tak sedap! Ramai yang tak tahu menu sedap ketika diet yang boleh diamalkan oleh semua orang.

Dialog yang selalu kita dengar kawan-kawan mesti cakap macam ni :

“Azam tahun ni aku nak diet!”

“No more makan fast food!”

“Tiap petang wajib jogging!”

Mesti ramai diantara korang semua yang dah tanam azam ‘nak kurus’ setiap awal tahun kan? Tapi, ada je halangan yang muncul bila korang nak mula berdiet. Kadang-kadang tu mak masak makanan yang sedap lah, kawan-kawan ajak pergi makan mekdi lah dan apa yang pasti korang takda buat apa-apa senaman langsung.

Bukan tu je, ada sesetengah individu yang berpendapat bila start berdiet ni kita memang tak boleh makan macam-macam makanan dan perlu rasa berlapar dalam tempoh masa yang panjang, erti kata lain berpuasa. Tapi, betul ke fakta tu?

Menurut laman Verywellfit, Resting Metabolic Rate (RMR), atau dalam erti kata lain, kadar pembakaran kalori oleh badan, semasa badan berada dalam keadaan rehat. 

Bagi korang yang tak tahu, walaupun kita sedang berada dalam keadaan berehat, badan kita tetap membakar kalori. Tubuh badan manusia masih memerlukan tenaga yang cukup untuk memastikan organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

Misalnya, jika pada sebelum ini pengambilan kalori harian korang adalah sebanyak 3,000 kalori sehari dan dengan secara tiba-tiba, korang nak turunkan jumlah kalori harian tersebut kepada 1000 kalori sehari.

Secara tak langsung, perubahan drastik ini akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan terutamanya. Jika RMR anda terlalu rendah, kadar pembakaran lemak juga menjadi perlahan dan korang juga susah nak kurus!

Jadi, disebabkan itu, harini Abe Jago nak kongsikan…

5 Menu Sedap Ketika Diet Yang Boleh Korang Amalkan :

Menu sedap ketika diet ini selalu disalah ertikan. Katanya kena makan sayur sahaja 24 jam. Tidak, bukan begitu. Menu-menu ni ada je yang best tapi kena pandai explore je.

Lepas ni, makan dengan penuh gembira dan tanpa perlu rasa berlapar ketika sedang berdiet. Menu sedap ketika diet ni ada banyak sebenarnya. Kalau korang google pun ada banyak je. Cuma perlukan kerajinan untuk buat.

Nak sihat dan kekal kurus kenalah usaha sikit! Jaga pemakanan adalah faktor utama melebihi daripada senaman yang korang buat hari-hari untuk kurus tu tau. Kalau senam 24 jam sekalipun tapi makanan tak jaga, jangan haraplah dapat kurus ya.

Okay jom kita mulakan dengan menu yang pertama, iaitu..

#1 Sarapan Pagi

Menu-Sedap-Ketika-Diet

Sarapan pagi adalah sangat penting terutama untuk korang yang sedang berdiet. Waktu ideal untuk mengambil sarapan pagi adalah sekitar jam 7-8 pagi sahaja.

Jangan sarapan jam 11 pagi pulak. Dah nak waktu makan tengahhari dah tu. Timing ketika makan pun penting. Jika anda makan dengan seimbang, tubuh anda berfungsi dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Elakkan juga makanan yang berminyak. Antara menu sedap ketika diet pilihan saya adalah :

  • Mix Fruit & Yogurt
  • Wholemeal with peanut butter
  • Oat & Honey

Menu-menu ini sebenarnya mudah je nak buat. Yang penting anda dah set seminggu tu nak makan apa, selepas itu beli siap-siap. Kalendar makanan sangat digalakkan untuk anda buat secara mingguan.

#2 Makan Pagi

Kalau sebelum masuk waktu lunch dan korang pun berasa lapar. Jangan sesekali ambil snak seperti keropok atau biskut untuk buat alas perut. Tapi, ada snak sihat yang boleh di ambil.

Contohnya sepert : Buah epal, pear, dan jambu batu. Ini antara menu sedap ketika diet yang korang boleh gantikan selain dari snek. Try lah, makan buah pun sudah memadai untuk rasa kenyang.

#3 Makan Tengahari

Reference Gambar : TheAsianParent.com

Pengambilan makanan sewaktu tengahari adalah penting sewaktu korang sedang berdiet. Ini disebabkan, tubuh badan kita memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian.

Kalau tak ambil makanan di waktu lunch, macam mana nak kekal aktif? Yang paling penting adalah, elakkan makanan berminyak, terlalu berkuah, dan banyakkan sayur sayuran. Ini antara menu sedap ketika diet yang boleh di ambil ketika lunch:

  • Nasi putih + Ayam bakar + kobis & kangkung.
  • Nasi putih + Salmon grill + bunga kubis & lobak merah.
  • Nasi putih + Ikan bakar + Tauhu bakar + Daun salad
  • Nasi putih + Ikan bakar + Kuah asam + kubis rebus.

Menu sedap ketika diet di atas ni korang boleh lah rotate secara harian. Kalau ada orang rumah, minta bantu sediakan lunch box ni. Kalau takda, minta bantu GF. Takda jugak?

Takpelah, kita team #singleforever la macam tu. Haha.. Gurau..

Korang buat la siap-siap lunchbox ni masuk dalam peti ais. Nak makan nanti tinggal panaskan je. Macam saya cakap, kena rajin sikit je!

#4 Minum Petang

Menu minum petang adalah sama macam menu pagi. Korang boleh ambil snak sihat jika perut rasa lapar sebelum waktu makan malam. Contohnya,

  • Buah-buahan atau salad

Selalunya kalau kita rasa lapar. Perkara pertama mindset kita mestilah nak makan apa sahaja yang ada di depan mata. Cuba letak satu set buah-buahan berdekatan dengan kita supaya bila rasa lapar, kita makan sahaja buah-buahan.

Kalau coach-coach diet salu nasihat. Kalau lapar, boleh cuba minum air masak dulu!

#5 Makan Malam

Reference Gambar : dietmonsta.com

Makan malam juga sebenarnya penting bagi mengelakkan korang berasa lapar semasa tengah malam. Jadi, waktu ideal untuk dinner adalah sebelum jam 7.00 malam. Kalau lepas 7.00 malam tu lapar juga, korang boleh ambil snak sihat. Ini antara menu makan sedap ketika diet yang boleh diamalkan semasa malam hari : 

  • Beras perang + udang tumis capsicum
  • Beras perang + salmon grill paprika
  • Spaghetti oglio + fresh tomato
  • Daging blackpepper + mix vege
  • Dada ayam steam + mix vege

Saya faham, kalau tengah malam, lagi yang muda-muda ni susah nak tidur awal. Banyak perkara nak dibuat ketika malam hari. Mesti asyik rasa lapar je. Boleh standby juga makan malam siap-siap dalam peti ais.

Persediaan sangat penting. Kalau anda tidak bersedia makanan ini awal. Makan pilihan “instant” menjadi pilihan seperti MCD atau MEGGI.

Ini antara menu yang sedap ketika diet yang korang boleh ikut kalau nak amalkan setiap hari. Betul lah, siapa kata kalau nak berdiet ni perlu berlapar?

Apa yang perlu sebenarnya adalah, konsistensi semasa berdiet dan kawalan nafsu pemakanan yang masuk ke dalam tubuh badan korang. Kalau berjaya dalam pemakanan, InshaAllah kalori yang di ambil juga pasti dapat di kawal.

Jom diet & kekal sihat bersama Abe Jago!

Jangan lupa, kalau nak tahu berita terkini yang best-best, boleh layari Laichikang.com. Sharekan website ini kepada rakan-rakan anda.

 

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts