Mayat Wanita Rentung Di Sekolah Dipercayai Dibunuh

Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan rentung dalam bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak dipercayai dibunuh.

Mangsa yang berusia 25 tahun, disahkan sebagai penyelia kedai buku di sekolah terbabit ditemui apabila terdapat kebakaran di bengkel kemahiran hidup tersebut pada jam 6.18 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kebakaran di sekolah pada jam 6.18 petang, lalu bergegas ke tempat kejadian. Mereka menjumpai satu mayat dalam keadaan rentung setelah api berjaya dipadamkan.

“Mayat diserahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut menemukan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an berada di sekolah ketika kejadian itu. Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.


Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts