Malaysia Alami Gegaran Kesan Daripada Gempa Bumi 6.2 Magnitud di Indonesia

Satu gempa bumi berskala 6.2 skala Richter disahkan melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer pada jam 8.39 pagi.

Kejadian ini dilaporkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui Twitter. 

Menurutnya, gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer. 

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya di Malaysia.

Gempa hanya berlaku di darat, tiada ancaman tsunami

Dilaporkan, pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami bakal melanda.

Gempa itu dikatakan berlaku pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gegaran berukuran 5.0 pada skala Richter.

Susulan gempa itu, beberapa bangunan dilaporkan retak.

“Datuk Bandar mengarahkan semua penghuni di tingkat dua dan tiga supaya mengosongkan bangunan,” maklum Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pasaman, Alim Bazar, kepada bharian.

Menurut beliau, terdapat beberapa kecederaan dilaporkan, namun, tiada kes kematian.

Bercerita lanjut, Singapura juga terkesan dengan gempa tersebut. Gegaran dirasai pada 9.45 pagi pada waktu tempatan.


Mari ikuti berita terkini bersama Laichikang.

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts