“Maafkan Ebit Bapak…” Ustaz Ebit Lew Mohon Doa, Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir

Pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah pun selamat kembali ke tanah air sebaik sahaja selesai dengan misi kemanusiaan di Gaza pada minggu lepas. Kini, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew sedang menjalankan kuarantin sepertimana prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, pendakwah bebas yang berusia 36 tahun itu diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya yang menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Difahamkan, Ustaz Ebit Lew dibenarkan untuk berjumpa dengan bapanya dengan syarat mesti mengenakan PPE dan ujian COVID-19 menunjukkan keputusan negatif.

Menurut Ustaz Ebit Lew, sel kanser sudah pun merebak ke seluruh badan bapanya itu. Dalam hantaran yang sama, beliau turut memohon agar orang ramai memanjatkan doa buat bapanya yang terlantar itu.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya,” coret beliau.

Pada masa yang sama, beliau meminta maaf kerana tidak berpeluang untuk menjaga bapanya yang terlantar sakit kerana perlu menjalani kuarantin.

“Maafkan Ebit ya, bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik-beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulis beliau lagi.

Di penghujung hantaran berkenaan, Ustaz Ebit Lew berdoa sekiranya ada sedikit pahala atas kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh beliau, maka hadiahkanlah kepada bapanya supaya dikurangkan kesakitan. Menurut Ustaz Ebit Lew lagi, bapanya sebelum ini turut sempat berpesan kepadanya agar meneruskan perjuangannya dalam melakukan misi kemanusiaan.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew pernah memaklumkan bahawa kesihatan bapanya semakin merosot dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna laman sosial itu mendoakan agar bapa Ustaz Ebit Lew diangkat segala kesakitannya dan diberikan kesembuhan.

Kami di Laichikang mendoakan agar bapa Ustaz Ebit Lew diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

[LIHAT JUGA] Niat Ebit Lew Nak Bantu ‘Makcik’ Foodpanda Tapi Dapat Kecaman

Total
21
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts