LokLok Dulu Direbus, Kini Digoreng. Ada lebih dari 80 jenis? Extremely Exciting!

loklok goreng

Loklok selalunya direbus, korang dah pernah try ke loklok yang digoreng?

Hi! Korang selalu tak makan loklok yang direbus lepas tu dihidang dengan pelbagai sos? Loklok ni kira macam comfort food, kalau tak tahu je nak makan apa petang petang, mesti cari loklok punya lah!

Korang nak tahu tak, loklok kini dah dihidang dengan cara digoreng. Ye, betul, digoreng!! Bayangkan lah, kakau direbus pun dah sedap, apatah lagi digoreng? Dah boleh bayang kerangupan dia tu!

Harini kita nak kongsikan satu kedai yang hidang loklok goreng ni, siapa siapa yang duduk di sekitar Klang Valley boleh lah cuba! Haaa.. nak tahu tak kedai apa? Dan dekat mana?

Kat Bangi je! Nama kedai dia Bookworm Cafe & LokLok. Dengar cerita, loklok dia pernah viral beberapa tahun lepas.

loklok

Sebelum ni mereka beroperasi dalam cafe UKM, tapi sekarang dah buka kedai sendiri dan berhampiran dengan UKM juga. Bookworm Cafe baru sahaja beroperasi tetapi katanya dah ramai yang datang dan cuba loklok goreng mereka! Sampai ada yang repeat banyak kali tau.

Kalau korang nak tengok feedback, boleh lah jenguk ke Facebook mereka. Instagram pun ada tau.

Di Bookworm Cafe, mereka hidang lebih dari 80 jenis loklok! Dan yang paling best, loklok mereka berharga RM0.90 sen sahaja secucuk. Mana nak dapat semurah tu?! Makan 10 batang pun baru RM9 hehe.

loklok

Memang banyak! Dan dekat sini jangan risau, walaupun berbeza size dan ada yang size nya sedikit besar berbanding yang lain, harganya tetap sama iaitu RM0.90 sen. Dan tak ada limit pun untuk korang ambil berapa banyak yang korang nak.

Jom tengok macam mana rupanya kalau loklok ni kalau digoreng.

loklok
loklok
loklok

Nampak menarik, kan?! Lepas loklok ni digoreng, diletakkan pula perencah.. memang nampak mengiurkan, kan? Tapi tunggu! Ada part yang lagiiiii best tau. Keep on scrolling!

loklok

Inilah part yang paling best tu! Cuba korang kira, ada berapa jenis sos? Banyak betul! Dah la ada lebih dari 80 jenis loklok dihidangkan, boleh makan dengan lebih dari 8 jenis sos juga. dan yang paling best, hanya RM0.90 sen je secucuk. Memang best dan berbaloi.

Kalau korang nak cuba, boleh lah ke kedai mereka https://waze.com/ul/hw282eytt3 dan jangan lupa comment pengalaman korang makan loklok di Bookworm Cafe ni.

Harapnya artikel ni membantulah korang punya craving untuk makan loklok dan bagi yang nak cuba sesuatu yang lain dari lain, boleh lah cuba loklok yang digoreng di Bookworm Cafe ni. Have fun!

Nak tahu 6 tempat menarik di Ipoh, Perak?

Ipoh,Perak
Tempat-tempat Menarik di Ipoh, Perak!
Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts