Lelaki Salah Guna Alas Buatkan Semua Terhibur

Ramai yang sukakan kenduri kan? 

Bila ke kenduri kahwin, perkara yang tetamu tertunggu-tunggu selain daripada ketibaan pengantin mestilah makanan yang dihidangkan. Nasi minyak, nasi tomato, nasi briyani, pelbagai lauk ada tersedia. Tak cukup tangan pihak catering nak uruskan lauk-lauk semua.

Oleh itu, sesetengah katering menyediakan kertas lapis makanan agar memudahkan kerja mengemas.

Namun, dalam ramai-ramai, pasti ada sorang tetamu yang lain gelagatnya.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan gelagat seorang lelaki menggunakan alas pinggan yang salah.

@saifulizzan99

Alamak silap lah dia ni @haziqhaikal71 #fypシ

♬ bunyi asal – EPUL SAN – EPUL SAN

Sekumpulan kawan itu sedang menjamu selera menggunakan cara yang betul kecuali lelaki itu. Dia tidak menggunakan kertas itu sebagai alas makanan, sebaliknya digunakan sebagai alas pinggan.

Apabila ditegur rakannya, lelaki itu seboleh-bolehnya cuba mempertahankan kesilapannya sambil tertawa.

Tatkala artikel ini ditulis, video itu telah meraih 261.1k views dan  28.5k likes. Rata-rata turut terhibur dengan kerenah lelaki tersebut.

Netizen meninggalkan pelbagai komen di video tersebut. Ada yang mengatakan dia boleh menggantikan Shuib Sepahtu dengan lawaknya itu. 

Hahaha! Macam-macam telatah tetamu di kenduri kahwin ya.


Nak baca kisah menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
19
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts