Lelaki Menari Lagu Beras Cap Rambutan Dapat Sambutan Hangat!

Kalau kita imbas balik iklan-iklan zaman dulu-dulu, mesti ada banyak yang kita masih ingat sampai lah sekarang.

Daripada iklan yang masih diingat ramai adalah daripada jenama Adabi, Kicap Jalen, Cap Ibu dan Anak dan bermacam-macam lagi.

Kalau keluar dekat TV tu memang adik beradik semua duduk di depan TV dan nyanyi bersama-sama!

Baru-baru ini tular meluas di media sosial apabila seorang remaja lelaki menari TikTok dengan lagu iklan beras Cap Rambutan yang juga popular dan diingati sehingga ke hari ini.

Dibawah adalah video yang tular yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Perkongsian itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan 34.4 ribu retweets dan 52.5 ribu likes sehingga mendapat perhatian jenama beras Cap Rambutan itu.

Powerlah bro ni!

Image

Ramai netizen terhibur dengan aksi remaja lelaki kerana dia menggabungkan style tarian TikTok dengan berbaju melayu serta lagu yang cukup popular itu.

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts