Lelaki Didakwa Memukul Isteri Yang Enggan Kembali

Menjadi impian ramai ingin mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama pasangan hidup. Akan tetapi, bukan semua dapat merasainya. Pelbagai halangan kita hadapi dalam mendirikan rumah tangga. Malah, ada yang dipukul dan didera pasangan hidup sendiri.

Begitulah keadaannya dalam sebuah video viral yang memaparkan pasangan suami isteri bergaduh berebutkan anak mereka. Dilihat seorang lelaki yang dipercayai merupakan suami wanita tersebut memukul dan berusaha menarik anak perempuan mereka daripada pangkuan isterinya.

Kanak-kanak itu meraung, cuba untuk melepaskan diri daripada bapanya.

Beberapa orang awam berusaha untuk meleraikan pergaduhan mereka. Namun begitu, lelaki tersebut tidak mengalah dan cuba menarik anaknya lari daripada isterinya. Anak yang direbutkan meraung menolak lelaki tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 700,000 tontonan dan 8,000 retweet di Twitter. Rata-rata netizen mengecam tindakan agresif lelaki tersebut.

sumber: rudyakhbar

Memang bermasalah kalau budak perempuan tak nak kat ayah dia, mereka lebih manja dengan ayah berbanding mak. – netizen

Para netizen memuji keberanian dua lelaki yang berusaha menghentikan pergaduhan mereka dengan tenang walaupun situasinya mencemaskan. Ramai juga risau akan trauma yang bakal dihadapi kanak-kanak tersebut selepas kejadian ini. 

Enggan menyerah diri, lelaki tersebut diburu polis

Menurut RTM, lelaki tersebut kini sedang diburu polis atas dakwaan mencederakan isterinya. Laporan menyatakan bahawa dia telah menumbuk belakang badan serta menarik rambut wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata kejadian berlaku apabila suspek yang berusia 33 tahun naik berang selepas mangsa enggan kembali hidup bersamanya.

Katanya, pasangan suami isteri itu kini dalam proses untuk bercerai dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu.

Polis telah memeriksa sebuah rumah tidak bernombor yang terletak di belakang pasar Changlun, namun, premis tersebut didapati tidak berpenghuni.

Semakan lanjut mendapati bahawa suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pukul iaitu mendatangkan kecederaan.

Nak baca lagi artikel yang menarik? Mari ikuti posting daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts