Lelaki Cetak Standee, Tak Nak Terlepas Group Photo

Disebabkan COVID-19, ramai tak dapat hadir ke majlis kahwin kerana terpaksa dikuarantinkan apabila close contact atau dijangkiti wabak. Bukan sahaja pengantin, malah rakan-rakan pengantin pun terkesan dengan perkara ini. 

Apabila kawan-kawan tak dapat hadir, kurang meriahlah majlis yang sepatutnya menjadi hari bahagia ni.

Namun begitu, lain pula cerita dengan video yang tular beberapa hari lepas. Video yang dimuat naik di TikTok itu menunjukkan sekumpulan rakan yang memegang standee berskala manusia dengan cetakan gambar seorang lelaki pergi ke majlis kahwin.

@adzrifsidek

Senang kerja photographer, tak payah photoshop 😮‍💨🤌🏻

♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Mereka dengan gembira mengusung standee itu kemana-mana. Malah, siap ambil gambar berkumpulan bersamanya. 

Menurut pengantin, dia pada mulanya meminta rakannya yang sedang kuarantin untuk mencetak sekeping gambar bersaiz A3 agar boleh digunakan ketika sesi penggambaran.

Tetapi tak disangka pula yang lelaki itu akan mencetak gambar bersaiz standee. Sememangnya mengundang tawa ramai!

Video itu telah mencecah sebanyak 501.4k views, 79.5k likes, 1,096 komen dan 1,365 shares ketika artikel ini ditulis.

Tinjauan di ruang komen menunjukkan rata-rata netizen turut terhibur dengan idea lelaki itu. Malah, akaun rasmi Shopee Malaysia juga meninggalkan komen.

Ada juga yang memuji idea lelaki itu sebagai bernas dan boleh diguna pakai apabila menghadapi situasi yang sama.

Hahaha terima kasih beri idea. Lepas ni nak ke kenduri kahwin boleh buat macam ni.


Nak baca lagi artikel menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts