Lebih 10 Rumah Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Yan, Kedah

Semalam negara dikejutkan dengan berlakunya fenomena alam yang tiba-tiba sahaja terjadi di kawasan Gunung Jerai Yan, Kedah.

Fenomena kepala air yang datang secara tiba-tiba dan mengejut itu mengakibatkan kawasan sekitar dilanda banjir kilat.

Menurut laporan daripada Harian Metro, lebih daripada 10 buah rumah telah di kawasan kaki gunung di Yan dan Merbok rosak akibat banjir tersebut.

Sumber: Twitter

Dikatakan juga pihak bomba telah mengenalpasti dua orang mangsa di dapati meninggal dunia di tempat kejadian dan empat orang mangsa lagi masih belum di jumpai.

Fenomena yang melanda Yan tersebut dikatakan bermula pada jam 3.00 petang semalam dan banyak video telah di kongsi di laman Twitter mengenainya.

Ini pula dikatakan keadaan di atas Gunung Jerai akibat daripada fenomena tersebut.

Semoga semua yang terlibat dengan bencana alam ni diberikan kekuatan untuk menghadapainya.

Nak dapatkan lebih banyak lagi artikel terkini? Jom teruskan membaca di Laichikang!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts