Kulit Breakout? Ini Langkah Mudah Untuk Mengatasinya

kulit breakout

Mengalami masalah kulit breakout? Jom kembali pada basic skincare!

Kulit breakout? Jangan sedih. Sudah tiba masanya untuk kembali pada basic skincare! 

Apabila kulit kita breakout, langkah pertama yang harus dilakukan ialah tidak panik. Cari tahu punca kulit kita breakout dan counter back penjagaan wajah kita. Ada banyak punca kenapa boleh terjadinya kulit breakout. Jom ketahui antara puncanya!

Antara puncanya ialah boleh terjadi disebabkan skincare routine kita sendiri. Kulit breakout boleh terjadi sebab tak cuci muka sebetulnya atau kulit kita kurang hydration. 

Sebab sebab lain terjadinya kulit breakout adalah kerana pencemaran, kotoran yang ada tangan kita sendiri dan suka sentuh muka, dan banyaaak lagi. 

Cara untuk mengatasi masalah kulit breakout ni senang je, cuma perlu back to basic. Back to basic bermaksud kita kembali kepada basic skincare. Bacis skincare hanya memerlukan 3 langkah iaitu mencuci, melembab dan melindungi. 

Ini lah basic skincare routine pada waktu pagi dan malam:

Tiga langkah di waktu pagi ialah mencuci, melembab dan melindungi. Kenapa kena cuci muka pada waktu pagi? Jangan sangka tiada kotoran yang hinggap di muka ketika tidur. Sebenarnya, banyak kotoran yang hinggap pada kulit kita sewaktu kita tidur. Sebenarnya, tiga langkah mudah ini sangat berkesan untuk merawat kulit breakout tau!

Bukan tu je, kadang kadang kita tak perasan yang kita garu/sentuh muka sewaktu tidur. Haaa, tu pun boleh jadi sebab utama tau punca korang mengalami breakout. Sebab tu, penting untuk kita cuci muka pada waktu pagi. Untuk pastikan kulit kita bersih dari kotoran. 

Kemudian, melembab. Moisturizer sangat penting dalam skincare routine! Tak kira apa jenis kulit, WAJIB pakai moisturizer. Orang cakap kulit berminyak tak perlukan moisturizer, tu AUTA ye. Kulit berminyak pun perlukan moisturizer. Fungsi moisturizer ialah untuk melembabkan kulit, untuk seimbangkan minyak dan sebum yang ada pada kulit. 

Langkah terakhir adalah melindungi. Kulit harus dilindungi dari sinaran UV. Sinaran UV boleh menyebabkan kulit gelap, sunburn dan kanser kulit. Cara mudah untuk tidak menghadapi masalah itu ialah dengan melindungi kulit. Macam mana nak lindungi kulit? Pakai sunscreen.

Sunscreen wajib digunakan hari hari, dan yang paling penting ialah reapply sunscreen setiap 3 jam. Kalau tak reapply, sia sia je pakai sunscreen. Lepas 3 jam, sunscreen tidak berfungsi dengan baik ke atas kulit. Jadi, sebab tu wajib reapply untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum. 

Skincare rutin pada waktu malam pula tidak sama ya seperti pada waktu pagi. Pada waktu malam, hanya perlu mencuci, merawat dan melembab. Kenapa tak perlu melindungi pada waktu malam? Itu adalah kerana pada waktu malam, tak ada matahari. 

Cuci muka macam biasa menggunakan cleanser, kemudian merawat kulit menggunakan serum/essence/toner. Fungsi merawat ini adalah mengikut keperluan kulit masing masing seperti merawat masalah kulit kering, berminyak, jerawat dan sebagainya. Dan akhir sekali, gunakan moisturizer. 

Yang paling penting, pastikan produk yang digunakan sesuai dengan kulit masing masing. Nak tahu cara termudah untuk kenal pasti produk yang sesuai dengan kulit kita? Boleh cuba search bahan yang ada dalam produk tersebut di https://www.skincarisma.org/

Selamat mencuba!

Thanks for reading! Kalau nak tahu 4 tips OOTD, click https://www.laichikang.com/4-tips-ootd-wajib-tahu-kalau-nak-gambar-cantik/

Total
17
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts