PKP Datang Lagi! Ini Langkah Berjaga-jaga Yang Korang Perlu Tahu

PKP-2.0-SELAMA-14-HARI-DI-6-BUAH-NEGERI
Source: The Star

Seperti yang kita semua dah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0 akan dilaksanakan selama 14 hari bermula dari esok – 13 January 2021 hingga 26 January 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun umumkan yang perintah ini akan berlangsung di seluruh negara secara tiga peringkat.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  1. Pulau Pinang
  2. Selangor
  3. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
  4. Johor
  5. Sabah
  6. Melaka

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B)

  1. Kedah
  2. Perak
  3. Negeri Sembilan
  4. Kelantan
  5. Terengganu
  6. Pahang

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP-P)

  1. Sarawak
  2. Perlis

Kita juga difahamkan, segala pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara. Dan bagi kita yang berada di Kawasan PKP, pergerakan rentas daerah jugak tidak dibenarkan.

Case postif Covid19 ni pun bukannya semakin berkurang, jadi waktu-waktu macam ni lah SEMUA rakyat Malaysia patut bekerjasama untuk bendung virus ni.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sis nak kongsikan beberapa –

Langkah berjaga-jaga yang kita semua boleh amalkan;

#1 Keraplah basuh tangan korang dengan sabun

#2 Jaga jarak korang daripada sesiapa yang batuk atau bersin

#3 Pakai mask pada setiap masa! (Kalau nak tidur tu tak payah pun takpa kot)

#4 Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut (No Alexa, don’t play that song from Taeyang)

#5 Tutup hidung dan mulut dengan tisu bila bersin (Yang ni macam common sense sikit)

#6 Sekiranya korang demam, batuk dan ada masalah untuk bernafas, terus dapatkan rawatan!

Semoga kita semua bertabah dan kuatkan lagi semangat supaya kita dapat kembali seperti dulu.

Untuk baca article lain, just klik Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts