Lambakan Billboard Berunsur Lucah Dan Double Meaning, Majlis Perbandaran Selayang Terpaksa Robohkan

Jika korang lalu lebuh raya mana-mana, pasti korang akan ternampak billboard terpapar besar di terpacak di tepi-tepi jalan kan? Walaupun iklan-iklan yang dipaparkan itu menarik perhatian, tetapi ada kalanya agak kurang sopan untuk dilihat apabila bersama seisi keluarga. Sampai terfikir, macam mana iklan sebegitu boleh lepas untuk disiarkan?

Ini kerana segelintir iklan-iklan ini difahamkan mempunyai “double meaning” dalam mempromosikan produk-produk mereka. Baru-baru ini, iklan yang hangat dibincangkan di dalam social media adalah produk kosmetik yang menggunakan nama seakan-akan payudara dalam dialek Kelantan iaitu “kopek” dan satu lagi iklan yang difahamkan memberi maksud onani.

Ia bermula apabila seorang aktivis dan penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengetengahkan topik ini di Facebook beliau.

Jika semalam saya share billboard dengan double meaning perlakuan onani, hari ni ada yang share billboard ni pula….

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Monday, December 14, 2020

Onani/masturbation disinonimkan juga dengan perkataan menyabun/toceng/melancap. Kelucahan dinormalisasikan bukan sahaja…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Monday, December 14, 2020

Ia mendapat sambutan yang hangat dari netizen-netizen, ada yang menyokong dan ada juga yang menolak pandangan Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini, dengan mengatakan bahawa beliau hanya inginkan perhatian, dan merasa cemburu dengan kejayaan produk-produk yang ditayangkan itu.

Selepas beberapa hari post beliau hangat dikatakan, pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menurunkan iklan yang disiarkan di tepi jalan itu. Dikatakan bahawa iklan yang dipacakkan itu sebenarnya tidak mempunyai kebenaran untuk disiarkan. La.. kalau tidak viral, mungkin papan tanda itu masih ada.

Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan. Ingat, saya tak bicarakan…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Wednesday, December 16, 2020

Selain daripada perbincangan di Facebook, terdapat juga sebuah kempen yang dilancarkan di Twitter @anakmudanegara untuk menghentikan iklan-iklan yang berunsur dewasa ini.

“Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan.” – Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Sudah-sudahlah membuat iklan berunsur lucah ni. Susah apabila ia disiarkan di public, dan anak-anak kecil mula curious tentang maksud perkataan-perkataan yang digunakan.

Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts