Korean Banana Milk versi Khairul Aming

Kalau korang sukakan minuman popular Korea iaitu Banana Milk, sekarang korang dah boleh buat sendiri dekat rumah! Resepi mudah ini dikongsi oleh influencer terkenal, Khairul Aming, di sosial media dan nampak senang sangat nak buat!

Kalau korang selalu tengok K-Drama korang akan selalu nampak orang Korea minum banana milk. Sebenarnya, banana milk ni dah lama popular di Korea, dah lebih 40 tahun. Salah satu brand banana milk yang popular adalah Binggrae yang korang boleh dapatkan di Family Mart. Ada juga brand lain yang dah mula buat banana milk seperti Dutch Lady, Goodday, Pokka dan banyak lagi.

Kalau kat kedai, banana milk ni harganya boleh tahan. Tapi kini, korang dah boleh buat sendiri dengan berpandukan resepi dari Khairul Aming.

Korang hanya memerlukan 3 bahan iaitu:

  1. Pisang
  2. Full Cream Milk
  3. Esen Vanilla
  4. Ais Batu

Caranya mudah je, mula mula korang lenyekkan pisang tu sampai sebati. Isi cawan dengan Full Cream Milk dan kemuadian masukkan pisang yang korang dah lenyekkan tadi. Kemudian, masukkan dua titis esen vanilla dan gaul untuk beberapa saat. Akhirnya, masukkan ais batu agar Korean Banana Milk itu dapat dinikmati dengan lebih nikmat!

Selamat mencuba guys!

Layari Laichikang untuk cerita yang lebih menarik.

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts