“Kesiannya abi, buat class tapi student dia takde sorang pun yang masuk.”

Musim-musim pandemik ni industri pendidikan juga tidak terlepas daripada terkesan. Namun, ia tidak bermakna pembelajaran tidak dapat diteruskan.

Para guru mengambil inisiatif ini untuk membuat kelas atas talian bagi meneruskan sesi pembelajaran. Namun begitu, ia tidak semudah yang disangkakan.

Contohnya dengan apa yang terjadi kepada seorang guru yang bersemangat untuk mengajar atas talian, namun tidak diendah oleh anak-anak muridnya.

“Kesiannya abi, buat class tapi student dia takde sorang pun yang masuk,” ujar seorang pengguna Twitter, Nuha, yang merupakan anak kepada guru tersebut.

Nuha tweet tentang bapanya yang membuat online class tetapi tiada seorang pun yang masuk. Malah, ada juga yang sengaja tidak masuk kelas dan mengelak dari menjawab panggilan telefon dari bapanya.

Disebabkan Covid-19, semua sekolah dan kebanyakkan universiti telah ditutup. Maka, mereka diarahkan untuk mengajar secara dalam maya(online). Namun, usaha guru-guru dan pengajar bagai hujan jatuh ke pasir kerana segelintir pelajar bersikap acuh tak acuh dengan arahan diberikan oleh pengajar mereka.

Ini antara reaksi dari pengguna-pengguna Twitter di Tweet @Nuha itu.

Ada juga yang memberikan cadangan supaya sekolah menerapkan sistem dimana kehadiran pelajar akan mempengaruhi markah peperiksaan mereka. Ada yang setuju tak jikalau sistem ini diterapkan di sekolah?

Nuha ingin menghiburkan bapanya, maka dia sendiri join class bapanya. Selain daripada Nuha, terdapat juga pengguna Twitter yang join sekali.

Selepas tweet @Nuha itu viral dalam waktu yang singkat, bapanya sendiri membalas tweet untuk berterima kasih kepada semua yang memberikan beliau sokongan dan kata-kata semangat.

So guys kalau ada yang baca ni tengah ODL, hargai lah usaha-usaha cikgu korang okay?

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com/

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts