Kes Bakal Meningkat Dengan Kemunculan Varian Omicron

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa kemunculan varian Omicron akan menyaksikan berlakunya peningkatan kes harian COVID-19 dalam negara ketika sidang media pada jam 5 petang tadi.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, peningkatan ini bukanlah suatu yang diluar jangkaan. Situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak. Peningkatan ini juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia.  

Malaysia telah melaporkan 10,089 kes baharu COVID-19 pada 6 Februari 2022, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,914,220 sejak bermulanya pandemik ini. Kali terakhir negara kita melaporkan kes 5 angka adalah pada 2 Oktober 2021.

Dikatakan terdapat peningkatan ketara kes baharu harian pada bulan Februari tahun ini. Sejumlah 5,566 kes pada 3 Februari; 7,234 kes pada 4 Februari; 9,117 kes pada 5 Februari dan 10,089 kes pada 6 Februari.

Hari ini, bilangan kes COVID-19 positif dilaporkan adalah sebanyak 11,034 kes. 

“Kebanyakan kes juga merupakan kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan, dalam kategori klinikal 1 dan 2,” kata beliau.

Khairy mendakwa bahawa daripada jumlah kes pada Minggu Epid 5, sebanyak 42,727 (99.2%) adalah kategori 1 dan 2; dan hanya 335 (0.8%) adalah kategori 3 hingga 5.

“Namun begitu, apabila jumlah kes keseluruhan meningkat, bilangan kes mengikut kategori juga meningkat iaitu peningkatan sebanyak 35% bagi kes kategori 1 dan 2 pada Minggu Epid 5 berbanding Minggu Epid 4, dan peningkatan 17% bagi kes kategori 3 hingga 5.

“Pada Minggu Epid 5, terdapat 89 kluster baharu COVID-19 yang dikenal pasti dengan 353 kluster aktif. Daripada 89 kluster baharu ini, 52 (58.4%) merupakan kluster pendidikan, 20 (22.5%) kluster tempat kerja, 7 (7.9%) kluster komuniti, 6 (6.7%) kluster dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi, 3 (3.4%) kluster pusat tahanan, dan 1 (1.1%) kluster keagamaan,”  sambungnya lagi.

Beliau turut mendakwa terdapat penurunan jumlah kluster yang dilaporkan pada Minggu Epid 5 iaitu sebanyak 16% berbanding 106 kluster dilaporkan pada minggu sebelumnya (Minggu Epid 4 Tahun 2022).

Susulan dengan kenyataan itu, beliau menyarankan rakyat yang layak, terutamanya warga emas dan individu dengan komorbiditi agar segera mengambil dos penggalak.

Ikuti berita terkini bersama Laichikang.

Total
26
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts