Keputusan Pemberian Suntikan ‘Booster’ Diputuskan JKJAV Esok

Cadangan pemberian dos penggalak vaksin atau sering kali disebut sebagai booster akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam mesyuarat pada esok hari.

Menurut Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat ini masih belum ada sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dos penggalak atau dos ketiga bagi penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Kumpulan kerja teknikal dijangka membentangkan pelaksanaan dos penggalak ini kepada JKJAV dalam mesyuarat Jumaat ini.

“Kita akan buat keputusan mengenainya selepas mesyuarat itu nanti,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Pada masa yang sama, Khairy turut memaklumkan bahawa pihaknya juga belum memutuskan apa-apa keputusan mengenai pelaksanaan kaedah ‘mix and match’ vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca bagi melengkapkan dua dos pelalian.

“Perkara itu juga perlu dibentangkan untuk diputuskan pada mesyuarat JKJAV dan cadangan mengenainya juga akan dikemukakan oleh kumpulan kerja teknikal,” katanya.

Selain itu, mesyuarat JKJAV pada esok hari juga akan memutuskan harga siling vaksin jenis Sinovac bagi pasaran swasta di negara ini.

[LIHAT JUGA] 6 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts