Kenapa 1 ‘Seasonal Flavour’ Pun Tak Ada Dalam Permanent Menu?

Seasonal Flavours, Pumpkin Spice Drinks from Starbucks, Malaysia.
Pumpkin Spice series from Starbucks, Malaysia.

Apa yang muncul dalam kepala korang bila dengar perkataan ‘seasonal’ ?

Don’t worry, no wrong answers. Mesti ada yang terfikir tentang fashion dan mungkin jugak ada yang terbayangkan 4 musim yang tak ada dekat Malaysia ni (macam tiber tapi takpa). Bagi korang dalam group yang terbayangkan ‘food and drinks‘ dan masih setia menunggu untuk dipanggil-

DING! DING! DING! *bunyi loceng jawapan betul*

Eh? Kata tadi takda jawapan betul! Hehehe gurau je. Macam korang jugak, ‘food and drinks’ lah benda pertama yang muncul dalam kepala sis bila dengar perkataan ‘seasonal’.

Seasonal Flavour, Pumpkin Spice Drinks from Starbucks
Pumpkin Spice series from Starbucks Malaysia. Source: Refinery

Iced, grande, almond milk, no whipped cream Pumpkin Spice Latte to be exact. Hah gitcheww!

Okay anyway, jom tarik selimut dan sediakan popcorn Aolla! Kenapa? Well macam haritu jugak, topik perbincangan ‘seasonal flavours’ kalini pun sama jugak menarik!

“Hah? Apa bendanya yang menarik pasal seasonal food and drinks ni? Macam tak biasa order pulak”

Memang lah tak biasa order! Nama pun seasonal, of course lah tak selalu. Okay, korang pernah tak soal system ‘seasonal offerings’ ni? Korang tak pernah ke tertanya kenapa seasonal flavours di F&B (Food and Beverage) outlets ni…. Seasonal?

Kurma Treats from McDonald’s, Malaysia. Source: McDonaldsMalaysia on Youtube

Christmas Drinks from Starbucks, Malaysia. Source: Johor Foodie

Ye lah kan, flavour sedap-sedap ni lah yang dorang offer sekali setahun je. Lepas tu bila seasonal offer tu dah habis tiba-tiba pulak macam takda siapa-siapa pernah dengar pasal menu tu. Hmm, game apa yang dorang cuba mainkan ni? Lagi lah sis tertanya-tanya kan?

Sis pernah try sekali nak bincangkan topik ni untuk dengar pendapat masyarakat sekeliling. Of course, discussion ni dimulakan dengan perbentangan dari pendapat sis sendiri,

“Aku tak faham betul kenapa seasonal flavours dekat F&B outlets semua tak permanent. Kan senang aku boleh order bila-bila je, takdalah kena tunggu setahun lagi!”

Ada beberapa yang setuju dengan pendapat ni, tapi majoriti semua pandang dengan poker face. Long story short, sis dihentam oleh kawan-kawan tercinta.

Dorang berpendapat yang seasonal flavours yang keluar setahun sekali ni lah yang buat semua orang excited dan tertunggu-tunggu. (Hmm okay, pendapat yang boleh diterima) Dorang jugak berpendapat yang musim seasonal flavours ni lah waktu brand-brand F&B boleh perah creativity dan bakat dorang untuk keluarkan flavour-flavour yang menarik (dan mungkin jugak pelik!)

Malaysian inspired doughnuts from Krispy Kreme, Malaysia. Source: https://everydayonsales-infomartglobal.netdna-ssl.com//wp-content/uploads/2019/08/Krispy-Kreme-New-Doughnuts-Promo.jpg

Tapi, tak ke lagi best kalau seasonal flavours yang pelik lagi menarik ni tergolong dalam permanent menu? Boleh lah kita nak order anytime and anywhere tanpa perlu set reminder dalam calender dan tunggu setahun sekali untuk nikmati flavour-flavour tu!

Kawan-kawan sis ni berpendapat yang seasonal flavours ni tak sesuai untuk ditarukkan dalam permanent menu sebab ‘system’ ni merupakan satu marketing stratergy yang efektik. How? Well, kalau menu baru dikeluarkan semestinya akan jadi berita tergempar especially dekat twitter! Kalau difikirkan balik, betul jugak tu.

Mula lah nanti semua sibuk nak ajak satu keluarga pergi Starbucks nak beli Pumpkin Spice Latte tu sampai nak beratur pun panjang sampai mall sebelah. Bila flavour-flavour menarik ni yang sekali-sekala je ada dikeluarkan, confirm orang yang tak selalu minum Starbucks, makan di McDonald’s atau beli donut di Krispy Kreme pun akan tertarik untuk cuba! Ye lah, nak jugak rasa dan join in on the hype kan? Hah, tak ke banyak untung brand F&B ni nanti?

Lepas dengar pendapat daripada pihak pembangkang, sis rasa sis tetap akan berdiri teguh dengan pendapat sendiri. Walaupun seasonal flavours and offerings ni merupakan satu marketing strategy yang penting, sis rasa craving untuk flavour-flavour ni pada hari biasa pun penting jugak kan? Gurau je hehehe.

Macam mana dengan korang pulak? Apa pendapat korang tentang isu ni? Eh, isu ke?

Since korang dah tahu pasal seasonal flavours ni, jom baca tips OOTD yang wajib korang tahu bila nak bergambar dengan Pumpkin Spice Latte korang tu nanti!

Total
13
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts