” Kenapa picit? ” – Ini Sebab Kenapa Berbahaya Jika Picit Benjolan Pada Puting Bayi

Orang kata bila kita dah menjadi ibu bapa ni, makin banyak ilmu baru yang akan kita peroleh dan belajar. Lagi-lagi masa anak sedang membesar.

Bukan senang sebenarnya nak jadi ibu bapa kepada anak-anak kecil ni. Ada banyak cabaran dan dugaan yang kita sebagai orang dewasa perlu sabar menempuhnya.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai perkongsian seorang doktor mengenai puting bayi yang sudah bengkak akibat di picit.

Korang ada ke pengalaman sebegini? Kalau takda, alhamdulillah. Tapi korang wajib baca untuk tambah ilmu.

Perkongsian oleh individu yang dikenali sebagai Dr Redza Zainol itu mendapat maklum balas yang positif oleh netizen kerana perkongsian seperti itu tidak di ketahui oleh semua orang.

Dr Redza Zainol juga merupakan seorang yang aktif dalam berkongsi maklumat mengenai ilmu kesihatan berkaitan kanak-kanak terutamanya dan juga gemar berkongsi ilmu mengenai hal kekeluargaan.

Perkongsian doktor itu di laman Twitter adalah mengenai seorang bayi yang mengalami masalah puting sudah membengkak akibat dipicit.

“Mula-mula pada puting dia ada benjol kecil. Jadi mak saya suruh picit, saya pun picit.”

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada munculnya benjolan kecil pada puting bayi namun benjolan itu telah dipicit oleh si ibu dan kemudiannya bahagian benjolan itu dijangkiti kuman.

Dr Redza turut berkata bonjolan yang muncul pada puting bayi itu adalah normal kerana ia merupakan pendedahan terhadap hormon estrogen ibu semasa di dalam rahim.

Tambahnya lagi, benjolan tu akan hilang dengan sendirinya apabila kepekatan hormon estrogen dalam badan bayi makin berkurang dalam masa beberapa minggu.

Gambar sekadar hiasan

Disebabkan itu juga, doktor melarang ibu bapa dan penjaga bayi terutamanya untuk memicit benjolan yang muncul pada puting bayi berkenaan. Jika benjolan itu dipicit secara kerap, kawasan itu akan luka dan dijangkiti kuman.

Namun begitu, korang juga bukan lah tidak buat apa langsung jika munculnya benjolan seperti itu dekat si bayi. Sebenarnya cukup sekadar korang pantau saiz benjolan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Jika benjolan itu membesar sehingga 3 cm diameter atau lebih, korang sangat digalakkan untuk terus merujuk perkara ini kepada doktor di hospital atau klinik kesihatan.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka mengenai perkara ini.

Sumber: Twitter

Diharap dengan perkongsian sebegini dapat membantu korang semua untuk lebih peka lagi lepas ni tentang kesihatan dan keselamatan si manja anda.

BACA: Sampai tertidur! Atuk teman cucu cari line internet di tepi jalan

Total
7
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts