“Kenapa mahal sangat, bukan seikhlas hati ke? – Ibu Pelajar Tak Puas Hati Bila Yuran ‘Mengaji’ Kena Charge RM30.00

Rasanya ini bukan kali pertama ibu bapa kepada pelajar yang meluahkan ketidakpuashatian mereka kepada guru atau tenaga pelajar dengan menggunakana whatsApp.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai luahan seorang guru yang berkongsi hasil perbualan screenshot antara guru mengaji dan ibu pelajar.

Menurut tweet yang dimuat naik oleh twitter handle yang dikenali sebagai @Mar_excel, screenshot perbualan yang dimuat naik dekat laman Twitter itu bukan miliknya namun di turut bersyukur kerana sepanjang berurusan dengan ibu bapa dia masih lagi belum berhadapan dengan situasi sebegitu.

Guru mengaji yang tidak didedahkan namanya itu lebih dikenali dengan gelaran ustazah kelihatan tenang membalas pertanyaan ibu pelajar tersebut.

” RM30.00?

“Kenapa mahal sangat?

“Bukan bayar seikhlas hati ke ustazah?”

Perbualan ini menjadi lebih hangat dalam kalangan netizen apabila mereka berasa ibu kepada pelajar tersebut adalah tidak realistik kerana ingin meminta bayaran seikhlas hati kepada guru tersebut.

Tweet yang mendapat lebih daripada 10 ribu retweet ini menunjukkan rata-rata netizen mengecam tindakan ibu pelajar itu yang mempertikaikan harga bayaran yuran mengaji yang bagi mereka cukup murah dan berpatutan.

Tak ketinggalan penyanyi dan pengacara terkenal tanah air, Adibah Noor turut meninggalkan komen mengenai isu ini. Menurutnya, tak kira sama ada ia kelas agama atau tidak, sepatutnya ibu bapa tidak membuat perbandingan sebegitu.

“Kenapa tak ajar sendiri je?”

Ada juga yang tunjukkan harga yuran bayaran kelas mengaji terkini dan jika dibandingakan dengan cas dari ustazah ini memang sangat berbeza.

Semoga ibu kepada pelajar ini lebih terbuka dan tidak bersikap prejudis dan membuat perbandingan terhadap cas yang dikenakan untuk pelajaran agama.

BACA: “Ok, kan senang bagitau” – Netizen Berbalah Samada Murid Biadab Atau Cikgu Tak Professional ?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts