‘Kenapa abang?’ Reaksi lucu dari isteri apabila suaminya membahasakan diri abang

Panggilan manja sememangnya biasa dalam sesebuah perkahwinan. Namun, tular di sosial media akan pasangan ini apabila reaksi isterinya direkod apabila membahasakan dirinya sebagai abang dan reaksi isterinya itu memang lucu sekali.

Akmal Hizzat Azizan merupakan influencer di Instagram baru baru ini memuat masuk video itu di laman sosial dan telah mendapat perhatian ramai netizan.

Sumber: @akmalhizzat

“You cakap apa? Kenapa abang?”

Isteri kepada Akmal Hizzat Azizan iaitu Fatin Noraishah Shafika kelihatan tergagam untuk beberapa saat sebelum memberi respon kepada suaminya setelah membahasakan dirinya ‘abang’. Bukan sahaja tergamam, malah isterinya juga tergelak dan meminta suaminya untuk mengulang lagi gelaran tersebut.

Sebelum isterinya tahu reaksinya dirakam, dia sempat bertanya kenapa suaminya mengubah nama panggilannya secara tiba tiba, dan Akmal berkata ‘kenapa? Bukan biasa panggil abang ke?’ Namun isterinya hanya terus tergelak dan terhibur dengan suaminya itu.

“Rakam eh?”

Di pengakhiran video itu, isterinya perasan yang video reaksinya dirakam oleh suaminya, Akmal Hizzat Azizan. Comel je!

Aksi comel pasangan ini mendapat perhatian netizen di Twitter, dan ramai juga yang beri pandangan tentang memanggil atau membahasakan suami sebagai ‘abang’.

Layari Laichikang untuk berita terkini!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts