Kenaikan Harga Tidak Dapat Dielakkan, Pengguna Diminta Bersedia

Berikutan dengan kenaikan surcaj sebanyak 3.7 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWj) yang dikenakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengilang, pengguna diminta bersedia hadapi kenaikan harga barang akibat kos tambahan yang terpaksa ditanggung pengilang. 

Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Ding Hong Sing, mendakwa kenaikan tarif itu tentu memberi tekanan kepada proses pemulihan semua pengguna komersial dan industri utama PKS.

Menurut beliau, kos elektrik bagi kilang kebiasaannya mewakili sekitar lima hingga 35 peratus bergantung pada jenis produk yang dihasilkan.

“Jika kos elektrik meningkat 10 peratus, mereka yang ada bil elektrik sebanyak RM100,000 sebulan akan berdepan kenaikan RM10,000, manakala mereka dengan bil elektrik RM10,000 sebulan berdepan peningkatan RM1,000 sebulan.” 

“Peningkatan kos elektrik sememangnya sukar bagi PKS di tengah-tengah pemulihan akibat kesan daripada penularan pandemik COVID-19,” katanya lagi.

Dipercayai bahawa keadaan semasa tidak mengalu-alukan kenaikan kadar elektrik memandangkan banyak industri masih bergelut dengan kesukaran dan peningkatan kos elektrik hanya akan memberi tekanan ke atas mereka.  

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai pula menetapkan pendiriannya bahawa penyemakan semula tarif elektrik tidak wajar dilakukan pada masa ini terutamanya bagi sektor perkilangan.

Katanya, industri sedang bergelut dengan harga inflasi membabitkan hampir semua kos perniagaan dan juga terpaksa menangani kenaikan harga tenaga yang memberi kesan ke atas kos barangan lain, terutama bahan mentah yang boleh melonjakkan inflasi ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T Saravanan, mendakwa bahawa pengekalan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia untuk Tempoh Regulatori Ketiga (RP3) dapat membantu rakyat menampung kos sara hidup yang tinggi berikutan impak pandemik dan banjir.

Katanya, rakyat tidak perlu membayar kos tinggi untuk penggunaan elektrik dengan adanya subsidi daripada kerajaan.

“Kerajaan bersetuju pemberian rebat dua sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Kerajaan memperuntukkan dana KWIE sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos itu,” sambungnya.

Nak baca perkongsian yang menarik, mari ikuti Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts