Kempen Light Up Blue Tanda Penghargaan Kepada Frontliners Terima Kecaman Hebat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengumumkan bangunan dan persekitaran bandar Putrajaya bakal dinyalakan dengan lampu biru sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada barisan hadapan atau frontliners yang memberi perkhidmatan penjagaan diebetes.

Pengumuman ini dimaklumkan selaras dengan Hari Diabetes Sedunia.

Walaubagaimana pun, kempen ini dikecam hebat oleh netizen yang berpendapat pertunjukan lampu daripada 12 hingga 15 November sahaja tidak cukup untuk memberikan tanda sokongan dan penghargaan.

Ramai yang berpendapat pengorbanan frontliner dalam membantu negara melawan pandemik COVID-19 ini tidak patut dikenang dengan hanya menyalakan lampu.

Mereka kecewa dengan kempen ini dan menganggap ia merupakan satu pembaziran serta tidak relevan. Tambah-tambah pula apabila PKPB kini dilaksanakan hampir seluruh negeri.

Rata-rata mereka berpendapat adalah lebih afdal apabila gaji frontliners dinaikkan dan frontliners yang berkerja kontrak, diserap menjadi tetap.

Selain itu, mereka juga menyeru KKM untuk memperuntukkan wang kepada keperluan hospital dan bantuan-bantuan lain. Ini kerana situasi pandemik COVID-19 yang kini melanda Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan.

Netizen turut berpendapat kempen ini hanya akan menambah beban kepada frontliners kerana berkemungkinan timbul pula kluster lightUpBlue berikutan dengan kempen yang dibuat.

Apa pula pendapat anda tentang usaha murni KKM ini?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts