Kembar Siam Pertama Berjaya Dipisahkan Di Malaysia

Malaysia mencatat sejarah apabila pasangan bayi kembar pramatang berumur 17 hari berjaya dipisahkan buat pertama kali di Malaysia.

Pasangan kembar siam pramatang itu hanya seberat 2.7 kilogram (kg) ketika dipisahkan pada hari Sabtu lalu.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seperti itu biasanya dijalankan ketika bayi berusia antara tiga hingga enam bulan. Namun begitu, pasangan bayi kembar itu terpaksa menjalani pembedahan pada usia 17 hari disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’.

Pasangan kembar itu dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan. Kelahiran mereka dirujuk Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur untuk rawatan lanjut di HTA. 

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” ujarnya dalam kenyataan menerusi Facebook HTA.

Menurut Dr Zakaria, pembedahan itu membabitkan 13 doktor pakar, diketuai Dr Zakaria serta enam pakar bedah kanak-kanak serata Malaysia.

Turut serta ialah pasukan bius kanak-kanak diketuai Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak, Dr Intan Zarina Fakir Mohamed bersama kira-kira 20 jururawat dan kakitangan dewan bedah kanak-kanak.

Katanya, kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ tersebut didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal. 

Proses persediaan pembedahan bermula dari jam 7.30 pagi. Bayi kembar itu dihantar pulang ke NICU pada jam 2 petang. 

Dalam sebuah interview oleh Malay Mail, bayi kembar itu, Daelan Hope Marshall dan Daevyn Hope Marshall diberi nama tengah “Hope” atas harapan Tuhan akan menyelamatkan mereka.

Ibu kepada pasangan kembar, Deborah, menyuarakan rasa syukurnya terhadap pihak hospital dan semua yang terlibat dengan pembedahan bayi-bayinya. 


Mari ikuti perkongsian terkini daripada Laichikang.

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts