Keluarkan Kenyataan ‘Panas’ Tentang Vaksin, Rita Rudaini Dikecam Warganet

Tindakan pelakon jelita tanah air, Rita Rudaini yang berkongsi tentang pendapatnya berkenaan vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Instagram Story miliknya telah mengundang kecaman warganet. Tangkap layar Instagram Story Rita telah dimuat naik semula oleh warga Twitter dan menjadi tular di laman sosial tersebut.

Menerusi kenyataan berkenaan, pelakon yang berusia 45 tahun itu mendakwa bahawa vaksin telah mewujudkan jurang perbezaan dalam sesebuah keluarga. Hal ini demikian kerana terdapat golongan yang menyokong vaksin dan golongan yang menolak vaksin atau sering kali disebut sebagai anti-vaksin.

Menurut Rita, Kedua-dua golongan ini sekali gus membuatkan sesebuah keluarga menjadi ‘berpuak-puak’ hanya kerana berbeza pendapat.

“Yang tak nak vaksin tak semestinya di anti-vaksin. Hak masing-masing kan, hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ni je,” coret Rita.

Pada masa yang sama, bekas isteri kepada pemain bola sepak tanah air itu turut mempersoalkan golongan warga emas yang dipaksa oleh orang sekeliling untuk menerima suntikan vaksin.

Menurutnya, golongan berkenaan terutamanya mereka yang bergantung kepada kerusi roda sudah tidak berdaya untuk pergi ke mana-mana.

“Mereka dah tua, nak jalan pun tak boleh. Jadi, nak vaksin pergi mana? Paris? Milan? Daftar mak bapak yang dah uzur. Otak mana? tulis Rita lagi.

Seorang pengguna Twitter iaitu Hermy Rahim telah memuat naik semula tangkap layar Instagram Story Rita di laman Twitter dan membidas kenyataan pelakon filem Kerana Korona itu.

Tinjauan kami di laman Twitter mendapati bahawa rata-rata pengguna yang lain turut mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita.

Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat dijadikan iktibar buat semua. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Total
5
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts