Kelebihan SHOPBACK untuk kaki shopping!

kelebihan shopback

Bagi yang gemar shopping online, korang dah alami kerugian yang agak besar kalau korang tak gunakan Shopback sebelum membuat transaksi! Ada banyak kelebihan Shopback yang korang kena tahu dan percayalah, lepas korang dah tahu semua kelebihannya, confirm lepas ni korang takkan shopping tanpa menggunakan Shopback!

Okay okay, tapi Shopback tu apa benda?

ShopBack adalah laman web Cashback terkemuka di Asia Pasifik (APAC) yang memberi kuasa kepada keputusan pembelian yang lebih bijak untuk pengguna. Di ShopBack, “Cashback” bermaksud mendapatkan wang anda kembali. Boleh percaya ke? Sabar, teruskan membaca!

Shopback ditubuhkan pada tahun 2014, dan telah berkembang dengan pesat dan hebat untuk Anugerah Emas untuk Permulaan Terbaik pada tahun 2015 di samping mendapat tempat memenangi Anugerah Perusahaan Muncul dan Cabaran Bergerak Global pada tahun 2017.

Bukan itu sahaja, Shopback boleh mengakses ke pelbagai tawaran eksklusif seperti baucar dan kod promo, dari pelbagai jenis peniaga seperti fesyen, makanan, perkhidmatan, dan banyak lagi – semuanya dalam satu platform.

Dah bersedia nak tahu lebih lanjut akan kelebihan Shopback? Keep on scrolling!

Dengan Shopback, ia menjanjikan 1%-6% wang korang akan dikembalikan dari jumlah yang korang dah belanja. Berbaloi, kan? Kalau dalam sehari korang shopping online sekurang kurangnya 3 kali, dalam sehari tu juga korang akan dapat balik duit 3 kali ganda!

“Tapi kalau beli barang tak sampai RM10, sikit jelah duit yang akan dapat balik”

Ye, tepat sekali. Tapi, korang pernah dengar tak pepatah melayu mengatakan, sikit sikit lama lama jadi bukit? Macam tu lah juga dengan Shopback 🤗 Sebenarnya kalau korang pandai menggunakan Shopback ini, memang korang akan rasa kelebihan Shopback ni berbaloi baloi.

Ini adalah antara kedai yang menggunakan Shopback:

kelebihan shopback
Sumber: MrsPip

Ini pula cara untuk menggunakan Shopback:

kelebihan shopback
Sumber: Mrspip

Cumanya, setiap kali korang nak shopping, korang kena buka aplikasi Shopback ini terlebih dahulu. Ok, ni contoh situasi ya.

Contohnya Kak Ros nak shopping online di Zalora, jadi Kak Ros perlu buka Shopback terlebih dahulu dan pilih kedai Zalora. Lepas tu, dah boleh shopping dan add to cart macam biasa!

Tu je ke? Apa lagi kelebihan Shopback ni?

Selain untuk shopping online, Shopback boleh juga digunakan untuk travelling. Kalau korang nak tempah hotel atau resort, boleh juga ditempah melalui Shopback. Lagi banyak tau pulangan yang korang akan dapat sebab selalunya, booking hotel sentiasa lebih rm50 tau!

Aplikasi yang korang boleh guna untuk booking hotel menggunakan Shopback adalah seperti yang berikut:

Kelebihan Shopback ini tak terhenti di sini ya! Ada lagi..

Korang plan nak bercuti atau honeymoon bersama yang tercinta? Melalui Shopback pun boleh! Aplikasi yang korang boleh gunakan ialah

  1. Malaysia Airlines
  2. Etihad Airways
  3. Rentalcars.com
  4. CatchThatBus
  5. BusOnlineTicket

Ada lagi….!

Untuk kesihatan pun boleh tau!

  1. Under Armor
  2. iHerb
  3. Watson
  4. Sport Direct
  5. JD Sport

Amacam? Banyak tak kelebihan yang ditawarkan? Yang penting, sememangnya berbaloi baloi!

Lepas ni setiap kali korang nak shopping online, jangan lupa gunakan Shoback. Ingat shopping, ingat Shopback.

Baca juga: Cara Mudah Untuk Recover Semula Document Words Yang Hilang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts