“Kebenaran berniaga tu 6 bulan je” – Peniaga Ambil Kesempatan Simen Tapak Meniaga Di Tepi Jalan

Pada sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, bermula 15 November 2020.

Namun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data bagi pihak DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian pihak DBKL akan membuat pemantauan.

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai sebuah posting yang menunjukkan sebuah lori simen yang sedang menuang simen di bahagian tepi jalan yang mana kawasan itu merupakan tepak peniaga.

DIBERI BETIS, KAU NAK PEHA PULA !!! Inilah ungkapan bagi penjaja jalanan yang biadap! Kurang ajar! Mengambil kesempatan…

Posted by Abam Penguatkuasa on Wednesday, December 23, 2020

Menurut perkongsian oleh laman Facebook Abam Penguatkuasa berkenaan, kejadian ini berlaku di Jalan Permaisuri 6, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Individu yang melakukan perkara ini bukan sahaja melanggar undang-undang yang sedia ada malah secara tak langsung dia juga telah merosakkan kawasan pejalan kaki di situ.

Kelihatan juga beberapa individu lain yang sedang memegang cangkul dan beberapa peralatan lain di percayai pekerja yang di upah untuk meratakan simen di kawasan berkenaan.

Sumber: Facebook

Menurut sumber juga, tindakan telah diambil oleh Penguatkuasa JPK DBKL dan si pelaku boleh dikenakan Kompaun maksimum RM50 000 di bawah Seksyen 39(2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana mengalih ganti, mengambil tempat atau membuat apa apa perubahan dengan sengaja merosakkan atau menyebabkan kerosakan pada mana mana jalan, siar kaki kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumber: Facebook

Rata-rata netizen juga kelihatan tidak berpuas hati dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab ini dan sewenang-wenang hatinya ingin membangunkan tapak gerai di kawasan itu.

Sumber: Facebook

“Tak reti bersyukur?”

Sumber: Facebook

“Peniaga keras kepala, effect pula dekat peniaga yang lain”

Sumber: Facebook

Diharap selepas ini tiada lagi peniaga yang mengambil kesempatan seperti ini. Semoga lepas diberi kelonggaran untuk berniaga ni, gunakan lah peluang itu sebaiknya.

BACA: Lambakan Billboard Berunsur Lucah Dan Double Meaning, Majlis Perbandaran Selayang Terpaksa Robohkan

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts