Kasih Seorang Bapa, Sanggup Tukar Durian Dengan Mainan Demi Gembirakan Anak

Ayah mana yang tak sayangkan anaknya. Anak yang dipangku sedari kecil, mesti sayangnya tak terkira. Begitu juga dengan kisah seorang bapa yang kekurangan wang sanggup menukarkan durian dengan mainan demi memuaskan hati anaknya. 

Kisah menyentuh hati itu tular di Facebook pada 24 Januari yang lalu selepas dikongsikan oleh pemilik Harga Rapat, Amir Mohamad Ahmad Tajudin, bersama abangnya, Azizul Asri Ahmad Tajudin, serta rakan kongsi Mohamad Fakhrullah.

Mohammad Fakhrullah berkata, kisah itu berlaku ketika dia bersama Azizul Asri dan Ahmad Tajudin menjual mainan di tapak jualan di Jengka, Pahang. 

“Ketika itu, kami nampak ada pasangan suami isteri dan empat anak mereka makan di kedai berhadapan dengan tapak jualan.

“Selesai makan, mereka singgah ke tapak jualan kami dan kelihatan anak sulung pasangan itu bersungguh mahukan dron mainan yang kami jual.

Menurutnya, bapa kanak-kanak itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli dron. Tidak berputus asa, dia menawarkan pertukaran durian sebagai ganti wang dengan mainan yang dijual. 

Melihatkan kesungguhan bapa itu cuba memenuhi permintaan anaknya, Mereka bersetuju dengan tawaran itu.

“Luluh juga hati kami apabila mendengar tawaran pelanggan itu kerana nampak dia bersungguh untuk memenuhi keinginan anaknya.

“Sebelum ini, memang ada pelanggan cuba tawar menawar kerana tidak cukup duit, namun belum ada yang mahu tukarkan mainan dengan durian atau barangan milik mereka.

“Melihat wajah pelanggan itu dan anaknya membuatkan kami tidak sampai hati untuk menolak dan akhirnya terima tawarannya,” sambungnya lagi..

Bercerita lanjut, selepas tawaran itu diterima, bapa tersebut terus pulang ke rumah untuk mengambil durian.

Katanya, mereka diberi lebih daripada enam biji durian sebagai pertukaran. Durian-durian yang diberi ialah campuran Musang King dan D24.

Tengok muka anak dia happy masing-masing.

“Waktu kami ajar anak dia main dron, mereka semua mengelilingi saya. Khusyuk tengok.

“Sekali-sekala saya pandang wajah pakcik tu, tersenyum puas dia. Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah,” katanya.

Mohamad Fakhrullah berharap perkongsian itu dapat memberi mesej positif dan inspirasi untuk peniaga atau sesiapa saja untuk berkongsi rezeki.

“Saya dan rakan kongsi sendiri pernah bermula daripada bawah ketika mula menjual mainan di tepi jalan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu jadi cuba bantu orang lain mengikut kemampuan,” katanya yang sudah memiliki kedai mainan, Wael Toys di Jalan Kampung Bukit.

Nak baca kisah yang lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts