“Kalau tak sayang nyawa, sayanglah nyawa anak” – Orang ramai tegur penunggang basikal gendong anak semasa berbasikal

Sejak belakangan ni, isu penunggang basikal di jalanraya sedang hangat diperkatakan di merata sosial media dan dada-dada akhbar.

Baru-baru ini, kita dikejutkan apabila seorang penunggang basikal maut dirempuh lori yang terbabas di Putrajaya. Berita ini pembuka mata orang ramai yang menunggang basikal untuk mengutamakan keselamatan sekiranya hendak berbasikal.

Sedang isu itu diperkatakan, media sosial sekali lagi digemparkan dengan gambar-gambar penunggang basikal yang mengendong anak ketika berbasikal.

Aktiviti berbasikal sudah tentu mempunyai risiko berbahaya kepada bukan sahaja si penunggang, tapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain juga.

Apatah lagi jika berbasikal sambil mengendong bayi. Ramai berpendapat perbuatan itu amat berbahaya bagi si kecil bukan sahaja dari segi keselamatan jalan raya, tapi kepada kesihatan bayi tersebut.

Baca: 10 Tips Berbasikal Untuk Newbie

Cuaca panas ketika berbasikal juga amat bahaya bukan sahaja kepada golongan dewasa, tapi bagi bayi juga. Kulit mereka yang lembut dan sensitif tidak sepatutnya terdedah dengan cuaca yang panas.

Ramai juga yang berpendapat ibu bapa yang menunggang basikal perlu menitikberatkan keselamatan anak-anak mereka.

So guys, utamakan keselamatan dahulu sebelum berbasikal okay?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts