“Kalau nak masuk reality show & tak sanggup kena komen jgn masuk ” -Komen Michael Ang Keterlaluan & Menggores Noraniza Idris?

Kalau sebut je nama Michael Ang, ramai yang tahu pengarah drama popular itu memang agak lantang dalam mengeluarkan pendapat di media sosial. Michael juga kerap dilihat meninggalkan komen terhadap pelbagai rancangan realiti tv.

Seperti biasa, pada setiap tahun akan berlangsungnya program realiti tv iaitu Gegar Vaganza yang kini sudah masuk musim ke 7 dan salah seorang pesertanya adalah ratu irama Malaysia iaitu Noraniza Idris.

Namun, baru-baru ini selepas selesai sahaja persembahan konsert separuh akhir gegar vaganza 7, tular di media sosial mengenai satu posting di Facebook milik Akar Kita Zapin, yang kelihatan agak tidak berpuas hati selepas menerima kritikkan hebat daripda Michael Ang di Twitter.

Michael Ang.. ada hajat besar aku nk berdepan dgn dia lepas GV ni.. tunggu lepas GV tamat minggu depan.. aku tak sabar nk confront dgn mualaf ni.

Posted by Akar Kita Zapin on Sunday, December 6, 2020

Menurut Noraniza Idris, dia sebenarnya memang agak terkilan dengan komen Michael Ang yang agak melampau di Twitter itu, katanya kepada Mstar.

“Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan netizen dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.


“Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen negatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” katanya.

Ada juga komen yang masih lagi baru di tinggalkan di laman Facebook milik Akar Kita Zapin yang kelihatan agak kesal dan kecewa terhadap pengarah drama popular itu.

Semalam hampir putus asa. Sedih. Kecewa bila family Spore & Malaysia sedih sebab tiap2 minggu terbaca twitter Michael…

Posted by Akar Kita Zapin on Monday, December 7, 2020

Tidak mahu ketinggalan, Michael Ang juga tidak berdiam diri sahaja dan turut mengulas isu ini di laman media sosial miliknya.

Michael berpendapat bahawa, jika tidak dapat menerima kritikkan umum maka jangan sertai mana-mana program realiti tv.

Tambahnya lagi, Michael turut kesal kerana dirinya sebagai seorang mualaf seperti di permainkan oleh beberapa pihak lain.

Namun, mengikut ulasannya itu Michael turut memaafkan individu yang memberikan komen negatif kepada dirinya.

Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga Kak Ani buat yang terbaik di pentas akhir Gegar Vaganza 7 nanti.

Selain daripada Noraniza Idriz, 6 lagi selebriti tanah air berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Ashira, dan Cliff Umar.

Baca: K-Drama 2020: “Start Up” worth it tengok atau tidak?

start-up
Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts