“Kakak Okay, Kakak Nak Jumpa Ayah. Nak peluk Ayah.”

Itulah respons daripada seorang anak kecil yang baru sahaja berusia 5 tahun, bernama Nur Safiyyah semasa dijemput untuk menaiki ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.

Nur Safiyyah disahkan positif Covid-19, kemungkinan dijangkiti dari ayahnya yang turut positif hasil saringan dari tempat kerjanya. Manakala, Ira Hazwani (ibu kepada Nur Safiyya) dan anak keduannya (Nur Azaleeya) disahkan negatif daripada Covid-19.

“Semasa KKM mengambil Safiyyah, saya tak dapat nak ikut sekali kerana kalau saya ikut, anak kedua saya juga akan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19 ini. Jadi, Safiyyah terpaksa pergi keseorangan”- Ira Hazwani.

Semasa ambulans telah tiba, Ira Hazwani menanyakan Safiyyah. “Boleh ke naik ambulans seorang diri?” Safiyyah kata “Boleh. Ada ayah ke nanti?” dan Ira Hazwani menjawab, “ada, nanti jumpa disana.” Reaksi Safiyyah adalah, “Kakak okay, kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah”.

Menurut Ira Hazwani lagi, sebelum Safiyyah bertolak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia sempat mengajar anak kecilnya untuk menggunakan telefon pintar supaya senang apabila ingin dihubungi.

“Buat masa sekarang, keadaannya masih baik kerana ayahnya ada di sana untuk menjaganya. KKM membenarkan katil mereka berdua ditempatkan bersebelahan masing-masing.

Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan. Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi.

Admin ucapkan semoga cepat sembuh ya adik Safiyyah dan ayahnya! 🥰

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts