K-Drama 2020: “Start Up” worth it tengok atau tidak?

start-up

Tahun 2020 ada banyak K-Drama2 yang best-best, cun melecun! Siapa antara korang yang layan k-drama? Sila angkat tangan!!

Dalam banyak-banyak drama, Start Up juga adalah antara k-drama yang.. Ha admin tak nak spoilkan dulu. Worth it atau tidak; cuba baca sampai habis dulu.

Start-Up merupakan sebuah series daripada TVN Channel, yang dilakoni oleh bintang-bintang ternama antaranya ialah Bae Suzy; seorang penyanyi di dalam Kpop Group Miss A dan active dalam industri lakonan, tidak lupa juga Nam Joo Hyuk yang merupakan seorang model dan juga pelakon yang menerima anugerah “Best New Actor” pada tahun lepas. Sebab tu ramai yang excited waktu trailer Start Up baru release!

Youtube: The Swoon

Kalau nak tahu, drama ini baru saja habis ditayangkan pada 7/12/2020 sebanyak 16 episodes yang semuanya best-best! Jadi, yang mana tak suka nak tunggu setiap minggu release episodes baru, dah boleh start tengok lah. Tak payah tunggu-tunggu dah. Hehe

Start Up

K-Drama: Start-Up

Bermula di South Korea, dinamakan sebagai Sandbox, Start-Up menceritakan tentang mereka yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Seo Dal Mi (Bae Suzy) ingin menjadi Steve Job Korea manakala Nam Do San (Nam Joo Hyuk) pula merupakan founder sebuah company dinamakan Samsan Tech, yang dulunya merupakan seorang genius dalam bidang matematik tetapi tidak kemana-mana dengan talent itu.

Han Ji Pyeong pula merupakan seorang anak yatim yang bekerja dengan tungkus-lumusnya untuk mendapatkan positionnya sebagai seorang leader di SH Venture Capital, dan Won In Jae ingin memperoleh kejayaan tanpa bantuan dari ayahnya yang kaya.

Start-Up banyak fokuskan kepada empat character ini dengan menyentuh serba sedikit topik dari romance, keluarga, career dan banyak lagi.

Banyak k-drama yang mengisahkan tentang orang-orang muda mendapat sambutan yang ramai seperti Itaewon Class dan Record Of Youth. Jadi, kalau korang gemar tengok k-drama macam ni, guarantee korang suka dengan Start-Up. Yang masih belum convinced lagi, ini antara sebab kenapa perlu tengok Start-Up.

Kenapa perlu tengok Start-Up?

#1 Storyline yang relatable

Start-Up menunjukkan permulaan sebagai seorang usahawan dan karenah-karenah yang dihadapi untuk mencapai goals mereka tanpa putus asa. Disini, kita dapat belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu, ia bukanlah senang; satu malam dah berjaya. Tidak, it takes tons of time and effort to achieve success.

Jalan cerita yang relatable dan inspiring itu mungkin akan dapat tunjuk bahawa kita bukan keseorangan dalam mencapai cita-cita kita! Passion character-character dalam drama ini boleh dijadikan sebagai pendorong untuk kita supaya tidak berputus asa dan terus buat yang terbaik.

#2 Second Male Lead Syndrome

#TeamHanJiPyeong pernah trending di Twitter selepas episode-episode baru dikeluarkan. Ramai yang memberikan sokongan terhadap Han Ji Pyeong supaya dia dapat bersama dengan Seo Dal Mi, sehinggakan ada juga yang inginkan Han Ji Pyeong sebagai main lead dalam drama tu, what??!! Sampai macam tu sekali.

Pengguna Twitter ini sharekan tempat-tempat di Indonesia yang menunjukkan support terhadap Han Ji Pyeong.

Apakah nasib Han Ji Pyeong agak-agaknya..?

#3 Bermain dengan perasaan

Betul bila admin kata drama ni bermain dengan perasaan kita. On the 1st and 2nd episode, korang mesti akan ada rasa sedih, kalau macam admin ni, dah nangis dah. Kadang-kadang sedih, kadang-kadang kelakar. Bermacam-macam perasaan ada!

Bila character tengah sedih, kita pun turut sedih. Bila character happy, kita pun turut happy sekali. Bila diorang berjaya, kita pun rasa bangga! Kita akan terasa attached dengan characters dalam Start-Up ni. Lagipun, memang kita nak tengok happy ending kan!

#4 OST yang cun

Serious, OST diorang best! Trylah dengar, mungkin korang akan rasa macam nak tengok bila dengar ost2 dia. Ramai penyanyi ternama yang menyanyikan Ost untuk Start Up seperti: Red Velvet, Davichi dan Ailee, semuanya best dan macam kena je dengan each scenes yang keluar dalam Start Up.

One of admin’s favourite: Day & Night by Jung SeungHwan.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diceritakan, tapi admin taknaklah spoilkan! But just for a warning, prepare tissue tau sebab ada scenes yang sedih. Overall, Start-Up is a worth watching drama, mereka berjaya untuk dapatkan hati penonton dengan 2 episodes terawal sahaja, punyalah laju!

If korang rasa macam nak experience a rollercoaster of emotions, silalah tengok Start-Up! Happy Watching 🙂

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com/

Total
0
Shares
1 comment
  1. Awesome review! Mmg first episode pun dh got me hooked..worth watching over and over again! #teamdosan ❤️❤️❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts