Jumpa Ular Dalam Pesawat, Netizen Kata Seperti Filem ‘Snakes On A Plane”

Pernah tonton filem ‘Snakes on a Plane’? Sebuah filem yang mengisahkan puluhan ribu ular berbisa di dalam kapal terbang arahan oleh David R. Ellis. Tak dinafikan filem itu membuatkan ramai trauma menaiki pesawat.

Fiksyen selalunya kekal menjadi fiksyen. Tapi macam mana jika fiksyen menjadi realiti? Apa yang korang akan buat dalam situasi sebegini.

@edal8808

Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp

♬ Suspense Music – Sound Collective

Insiden serupa dengan filem itu juga terjadi di Malaysia apabila tular sebuah video yang memaparkan seekor ular didapati sedang menjalar di bahagian atas kabin dalam sebuah pesawat.

Pesawat itu dikatakan sedang menuju ke Tawau, Sabah dari Kuala Lumpur. 

Menurut video tersebut, pesawat itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Kuching disebabkan kemunculan ular yang tidak diduga. 

Video tersebut berjaya meraih sebanyak 890,900 ribu views dan 32,000 likes di TikTok ketika artikel ini ditulis. 

Rata-rata netizen menyuarakan resah dan gerun mereka melihat kelibat ular itu kerana terbayangkan filem ‘Snakes on a Plane’. 

Namun begitu, ada juga netizen yang sempat berjenaka di dalam ruangan komen.

Nak baca lebih kisah menarik? Jom ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts