Jumpa Tanah Kubur Keliling Kedai, Peniaga Dapati Ianya Perbuatan Khianat Melalui CCTV

Biarpun telah masuk tahun 2022, sihir dan perbuatan syirik masih lagi menjadi amalan dalam masyarakat kita apabila ingin menjatuhkan seseorang. Begitulah yang terjadi kepada pemilik restoran Arab milik Leisha Sa’adon.

Restoran Arab milik Leisha dan suaminya sepi tanpa pelanggan

Lebih menjadi tanda tanya apabila suaminya menjumpai taburan tanah di kawasan pasu dan kaki lima di sekeliling restoran mereka yang terletak di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai, Johor itu.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV menunjukkan kelibat seorang lelaki menabur tanah berkenaan sekitar jam 10 malam.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam, selepas kami tutup kedai pada pukul 9 malam,” kata Leisha.

Keesokan harinya, suami Leisha dan pekerja restoran tersebut menjumpai taburan tanah di keliling pasu di restoran itu. Pada mulanya, mereka menyangka ianya taburan tanah biasa oleh pihak tidak bertanggungjawab yang membuang tanah di kawasan orang lain. Namun begitu, rakaman CCTV mengatakan yang sebaliknya.

“Pada mulanya, kami tak dapat periksa rakaman CCTV sebab ada kerosakan, tapi selepas dibaiki Maghrib itu, kami nampak seorang lelaki sengaja menabur tanah di restoran kami,” sambungnya lagi.

Susulan dengan kejadian itu, Leisha dan suaminya bertemu seorang ustaz untuk mendapatkan pendapatnya tentang penemuan aneh itu.

“Kebetulan ada ustaz dari pusat tahfiz di sini sini WhatsApp beritahu nak datang makan, saya pun dengan tak sedap hati masa tu minta bantuan ustaz untuk tengokkan fasal tanah tu.

“Saya terkejut apabila ustaz cium tanah tu dia kata bau bangkai dan itu adalah tanah kubur,” ujarnya.

Menurut Leisha, ustaz itu telah menguruskan taburan tanah tersebut.

Nak baca lagi kisah menarik? Jom ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts