Jari Manusia Dalam Burger, Restoran Ini Sahkan Ia Milik Pekerja

Seorang wanita di Bolivia mendakwa bahawa dia telah menemui jari manusia dalam burger yang dipesannya di sebuah restoran makanan segera pada minggu lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Estefany Benitez itu memaklumkan yang dia sedang menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera popular iaitu Hot Burger sebelum mendapati terdapat jari manusia terselit dalam lapisan daging dan sayuran burger tersebut.

Dalam satu video, Benitez dilihat membuat aduan berkenaan penemuan yang mengejutkan itu kepada seorang pekerja yang kemudian menjawab, “Tolong beritahu saya apa yang anda mahukan, ini tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Meskipun pekerja berkenaan didakwa berjanji untuk menutup restoran tersebut, Benitez memberitahu yang mereka terus beroperasi tanpa sebarang rasa bersalah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Perkongsian Benitez menjadi tular dalam sekelip mata dan menarik perhatian warganet. Bukan itu sahaja, ia turut menarik perhatian pegawai atasan pengurusan restoran berkenaan dan juga pentadbiran kerajaan.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat lepas, seorang jurucakap restoran itu menegaskan bahawa ia adalah kejadian yang tidak diingini dan mengesahkan jari itu milik salah seorang pekerja yang mengalami kecederaan semasa proses penyediaan makanan.

Pihak kerajaan telah mengarahkan restoran itu ditutup buat sementara waktu, selain turut mengenakan denda atas kecuaian yang berlaku.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Benitez akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts