Datuk Seri Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

ismail-sabri-sebagai-perdana-menteri-ke-9
Sumber: FreeMalaysiaToday

Perdana Menteri ke-9 telah dilantik selepas mesyuarat khas di Istana Negara bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Istana Negara telah terima pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat pada 18 Ogos 2021 yang lalu menerusi surat akuan.

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, tiga individu telah dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri ke-9 iaitu: Wakil presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Daripada 220 Ahli-ahli Dewan Rakyat, 114 ahli (jumlah majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan) telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dengan itu, Istana Negara baru saja keluarkan kenyataan yang mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Beliau akan mengangkat sumpah esok (21 Ogos 2021) pada pukul 2:30pm di Istana Negara.

Kenyataan Media:

ismail-sabri-sebagai-perdana-menteri-ke-9
ismail-sabri-sebagai-perdana-menteri-ke-9

Nantikan info yang selanjutnya.

Eh jap nanti dulu! Sebelum korang sambung scroll Instagram, jom baca artikel kami yang lain – hanya di Laichikang!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts