“Iqbal, kamu tak layak masuk Big Stage”

Malaysia sememangnya gemar dengan rancangan realiti nyanyian. Jika dahulu yang mendominasi ialah Akademi Fantasia dan Mentor, kini Big Stage menjadi program yang dinantikan para penonton.

Big Stage telahpun masuk musim ke-4. Dalam musim baharu ini, Iqbal Zulkefli dijemput sebagai peserta ke-12. Walaupun begitu, kemunculan Iqbal tidak disambut baik semua terutamanya para juri. 

“You are not born to be a singer” – Ajai

“Iqbal, kamu tidak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini pemberian, tak boleh dibeli dengan duit,” komen Ajai, salah seorang juri Big Stage ketika memberikan komen kepada peserta Iqbal Zulkefli pada konsert minggu kedua program Big Stage 2022, semalam.

“Bakat ini pemberian Allah dan tak boleh dibeli. Bagaimana kita nak ‘bagi’ Allah duit? Ia diberi oleh Allah SWT.”

Ajai turut menasihati Iqbal agar tidak terus menjatuhkan maruahnya di depan khalayak ramai. 

“Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu nyanyian. Saya tak suka benda ini dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” katanya.

Selaku Presiden Netizen, Dato’ Seri Vida pula membacakan tweet para netizen berkenaan persembahan Iqbal pada malam itu.

“Kekalkan dia, kita perlu hiburan setiap minggu.

“Dahlah, aku pula yang malu Iqbal ni kena perli,” komen para netizen.

Tak terkecuali tweet daripada pengarah popular Malaysia, Michael Ang, “Kita tweet jahat boleh tak? 4% tu mesti DSV yang vote.”

Menurut Dato’ Seri Vida, Iqbal tidak layak berada dalam Big Stage.

Berikutan dengan persembahannya, Iqbal menerima sebanyak 4%, 11%, dan 10% markah daripada para juri. Bagaimanapun, dia menerima teguran dengan hati terbuka.

“Saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Sebelum ini, kemunculan Iqbal pada minggu pertama dalam program realiti nyanyian itu dikecam hebat oleh netizen kerana dianggap peserta yang tidak berkualiti dan akan menjatuhkan kualiti program tersebut.

Nak baca berita yang lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
17
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts